Showing posts with label Feningsss. Show all posts
Showing posts with label Feningsss. Show all posts

Saturday, January 24, 2009

alahai...nasib baik!!!

alahaiiiiii...nasib baik, nasib baik!!!! Fuhhhhhhhh......
tak tau lah, sedara dengan toilet kot kita ni..macam2 hal dgn toilet...tak ilang lagi malu (ye ke malu) termasuk tandas lelaki, timbul lagi satu kisah toilet...
Satu hari tu, keje petang (meaning, masuk kul 5 pm habis kul 2 am...bangla pun balik uma lagi awal kan?), tapi awal2 dah luwa...sibuk sikit semenjak 2 menjak nak buat family day office ni...terkejar2 g collect hadiah sponsors...tengah2 panas tengah hari buta tu amik barang kat shah alam then ke subang jaya..lalu tol batu 3, pala tengah pening, mata pedih...tiba2 sejuk hati bila kakak kat tol tu..menyambut dengan senyuman dan peramah...haiii..syukur..syukur..ada gak insan2 yang tak dikenali yang boleh sejukkan hati dan hilang kan penat....
sampai ofc, meeting melambak..bukan meeting keje pun, hal family day la...tapi dah tak tahan nak terkucil (buang air laaaa)...bergegaslah ke toilet....masa nak kuwa, eh napa tombol ni tak boleh pusing...laaaaa...aku tak kunci rupanya...ya Allahhh..ishhhh..ishhhh..bayangkanlah kalau pintu tu orang bukak..........alahaiiiiii...nasib baik, nasib baik!!!

Tuesday, January 13, 2009

Salah masuk....oooppssssssss sowiiiiiiiii

Alaaaaahhhhhhh..malunya...ish, mana nak letak muka. Ini bukan kali pertama, bukan juga kali kedua...tak ingat dah berapa kali..dan rasanya, ini juga bukan yang terakhir. Salah masuk tandas laaaa...
Hari ni, lepas lunch appointment dengan one young Datuk dengan chief (boss i laaa)..hal keje...kitorang actually rushing nak balik office sebab ada appointment lagi. Borak punya borak dengan Datuk ni, macam2 la topiknya..dari cite kesihatan, penyakit, zaman sekolah, asrama, kolej etc etc..isy..jam dah kul 2.30 pm sedangkan 2nd appointment pun waktu tu gak..kelam kabut...jalan cepat jalan cepat...
Jalan punya jalan, kita ni ngekor la boss yang lebih jauh ke depan....tiba2 dia kona kiri, kita pun ikut kona, sampai kat satu lorong yang sempit, kita pun ikut, dia tolak pintu..masuk, kita pun ikut...ehhhh..kenapa sempit sangat lorong ni..ishhh ramainya lelaki...eh, apa lak ada cermin2, ada bilik2 kecik..eh, kat depan tu macam dinding je...eh, masuk kat bilik ni...
"Nak pergi mana ni"...tiba2 ada sorang mamat kat depan tegur...ni tandas lelaki!!!!!!
Makkkkkkkkk.........ammmmmmmpuuuuuuunnnnnnnnnnnn.........cabutttttttttttttttt....malu malu malu

Thursday, December 4, 2008

adussss...

Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 1998, muka surat 389...JIMAK..bermaksud...bersetubuh.
emmmm..perkataan yang rata2 tau la kan...yang dewasa la...
tapi bayangkan kalau anda jumpa perkataan ni dalam buku latihan tadika anak yang berusia 4 tahun....adusssss....tergaru-garu kepala yang tak gatal, teraba-raba dahi yang tak jendul..rasa macam mencurah-curah bak hujan lebat kat pantai timur bila musim tengkujuh peluh meleleh...
ni la nak cerita, insiden masa baby 4 tahun...biasalah kan, umur2 macam ni...ada la latihan menulis, kenal huruf n mengeja perkataan yang simple2..macam A - ayam, B - bola...
macam biasa jugaklah bila dah ada anak, kalau boleh tiap2 malam dok belek buku anak, tengok ada homework tak..apa dia belajar kat sekolah...
tup2 masa tgh tengok buku Baby....nak paksa dia habiskan homework....memang `rajin' baby siapkan homework...ok la...A, ok, B, ok...bla-bla-bla sampailah kat huruf J..J - JIMAK...
ehhhh...betul ke mata aku ni...memang dah tau rabun tapi tak buta lagi rasanya....eh tengok lagi...ishhh betul la, cikgu dia tulis J - JIMAK...

(dialog)
Diriku: Bang, cuba tengok ni, betul ke ni JIMAK?
Suamiku: Ish..aaa...aa..la..JIMAK
Diriku: Bang, jimak tu jimak tu la kan (sambil buat gaya macam gitu2 Apek)....(punyalah pening dan terkujat sampai terconfuse maksud perkataan ni
Suamiku: Betullah...(sambil tersenyum, kenyit2 mata dan angkat kening bagi signal...ishhhh kita tengah pening, sempat lagi kan sampaikan pesanan penaja)

Sudahnya, cubalah tepon cikgu ni, tak dapat, nak jumpa, dia tak sampai lagi...maka diutuskanlah surat...bunyinya lebih kurang macam ni...`saya percaya cikgu bukan sengaja tapi lain kali hati2 sikit. nasib baik anak tak tanya maksud, kalau tak naya'.
petang tu, dapatkan balasan...`saya minta maaf banyak2...nak tulis JINAK (gamaknya) tapi banyak sangat buku budak2 sampai tersalah tulis)....
emmmmm..boleh terima ka? terima je lah.....sah2 cikgu tu tengah berangan masa mengajar.....

Monday, October 13, 2008

Semuanya serba tak kena...

Hari2 menjenguk dan singgah di sini walaupun tiada yang berubah. Semua sama je.all the postings, posts lama. lebih sebulan yang lalu. kawan2 yang rajin menjenguk bising jugak, katanya, dah berabuk dah blog ni. memang..tauuuuu..tapi ntahlah...takde mood langsung sejak posa nak menulis..tak tau apa nak tulis..dalam kepala macam2 ada..tapi macam tak terdaya, tak mau dan malas nak menulis. hari ni digagahkan juga diri...nak cerita pasal posa, dah berlalu..dan seperti biasa, dah namanya pompuan kan, pening gak fikir banyaknya nak ganti..hemmmphhh...
raya lagi teruk. baju raya tergantung je dalam almari..rumah mak tak pergi, rumah baba pun macam tu..raya jadi orang sakit.aaa aaa..tahun ni demam teruk...sampai kena amik darah bagai...nasib, nasib...dah la encik husband dan anak2 balik kampung, kita sorang2 kat sini sebabnya raya kedua sepatutnya dah keje...tapi akhirnya, tak g keje pun...raya kat katil, ditemani ubat...dan diiringi MC 2 hari...ntahlah, selalu sangat sakit tahun ni...dah masuk bulan 10 ni, rasanya selama tu jugaklah tak pernahnya sihat betul. tak demam, selsema, tak selsema, batuk, tak pun sakit perut...paling teruk all in one...adakah kerana gaya hidup tidak sihat atau usia yang tidak lagi sedikit?

Tuesday, July 22, 2008

Lu Fikirlah Sendiri.....

Masih murah....harga minyak dan barangan keperluan di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding..emm..depa selalu compare dengan Singapura, Thailand..negara jiran je lah...sekali-sekala...dibandingkan juga especially harga minyak dengan UK.
Yelah tu..murah sangatlah....cuba compare harga barangan dan gaji yang kita warga Malaysia Boleh ni dengan gaji dan harga barangan mereka sekali. Mahu terduduk kita dibuatnya. Satu contohlah, harga minyak kita, petrol RM2.70 seliter, di UK, London umpamanya, 1.18 pound, times 6.5 katakan, RM7.60....tengok, harga petrol diorang jauh lebih mahal daripada malaysia. cuba check gaji dia plak...budak2 baru grad kat Malaysia ni, kalau kerja2 biasalah, young execs, dapatlah RM1,800-RM2,500 sebulan...kat London, kerja cleaner, part time je...boleh dapat 2,000 jugak..bukan 2000 ringgit, tapi 2000 pound. Toingggggggggggggggg!!!!!
pening..pening....jadi, gaji RM2,000, minyak RM2.70...gaji RM13,000, minyak RM7.60.....bak kata Nabil Raja Lawak Musim Kedua...LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!!