Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, January 22, 2010

tolong kami bantu mereka...



TOLONG KAMI BANTU MEREKA
Sumber: Berita Harian

Ni kisah satu family susah yg kitorang jumpa ketika xpdc ke Mat Daling...bacalah..n kalau rasa nak tolong..Alhamdulillah..amat dialu-alukan

ALICE tidak mampu lagi menahan tangis. Air matanya bercucuran laju sekali pun cuba menyembunyikannya. Bukan Alice seorang, sesiapa saja yang ada di situ ketika itu, terdiam, menelan air liur, menahan sebak di dada.
“Saya tak pernah makan buah ini. Sedap!” Aduhhh...Sudah tujuh tahun hidup di muka bumi, buah yang tidak pernah dimakan Helmi atau nama penuhnya, Mohamad Zulhelmi, hanyalah anggur, bukannya buah-buahan yang pelik bagi kebanyakan kita.


*HELMI

Bulat matanya merenung anggur itu, laju tangannya memetiknya dari tangkai, laju menyuapkannya ke dalam mulut dan asyik sekali mengunyah, menelan, menikmati kelazatannya.
Namun, itulah hakikatnya. Hakikat yang terpaksa dialami Helmi dan kenyataan yang terpaksa kami terima, akur, betapa keperitan hidup membataskan Helmi merasai kenikmatan hidup.
Tidak pernah terlintas di fikiran penulis untuk menyaksikan sendiri kedaifan sebegitu, lebih-lebih tatkala kerajaan lantang menggembar-gemburkan kejayaan menangani masalah kemiskinan masyarakat, usaha dan peruntukan besar yang sudah dicurah ke arah membasmi kemiskinan.
Hidup bersama ibu, Faridah Mohamad dan lapan adik-beradik nun jauh di Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling, Pahang, Helmi membesar dalam serba kekurangan.
Melihatkan kediamannya, ia sudah cukup untuk menceritakan kepayahan dialami Helmi sekeluarga. Pondok usang, yang menjadi tempat berlindung keluarga malang ini, memang tidak layak dipanggil rumah. Dinding dan lantai papan berlubang di sana sini, reput, seolah-olah menunggu masa untuk menyembah bumi.


* PONDOK USANG KELUARGA FARIDAH

Pondok yang dibina menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu sudah tidak berpintu, tidak bertangga. Tiada ruang bilik tidur, ruang dapur pun hanya seluas kira-kira dua
depa, malah dapur pun hanya dapur kayu.
* DAPUR
Tiada perabot, katil, hanya satu tilam usang, tiada almari pakaian, apatah lagi peralatan elektrik seperti televisyen juga radio. Kegelapan malam diterangi satu-satunya mentol dan tandas di luar rumah, tidak berbumbung, tidak berpintu, hanya berdindingkan zink yang berlubang di sana sini.





* TANDAS/BILIK AIR YANG DIGUNAKAN FARIDAH SEKELUARGA


“Beginilah kehidupan kami sekeluarga. Hendak menerima tetamu pun malu,” kata Faridah, kala menjemput penulis dan warga Middle Earth, syarikat yang menyediakan pakej off road pacuan empat roda (4x4) dan percutian dalam hutan hujan tropika, berpusat di Jerantut, Pahang, termasuk Alice.
Namun, Pengarah Urusan Middle Earth, Marodzuan Abd Ghani, berpesan: “Jangan naik ramai-ramai.” Memang berpatutan pesanannya. Pondok usang itu seolah-olah ‘menjerit’ sebaik saja kami menjejakkan kaki ke dalam kediaman Faridah sekeluarga.
Wajah Faridah sugul, lesu, jelas memancarkan keperitan hidup yang dilalui membesarkan sembilan anak, lebih-lebih lagi tanpa suami di sisi sejak kira-kira tiga tahun lalu. Fizikalnya, fizikal anak-anaknya berusia antara dua tahun dan 22 tahun, sudah cukup untuk menceritakan kepada penulis malah sesiapa saja melihat mereka, keluarga ini hidup dalam kedaifan, tidak cukup makan, jauh sekali makanan berkhasiat.



* FARIDAH (tengah) DAN DUA ANAKNYA

“Kami hanya mampu makan nasi sekali dalam sehari, pada waktu tengah hari. Kalau ada lebih, bolehlah dimakan pada waktu malam,” kata Faridah. Lauk utama, kata Faridah, gulai rom, gulai biji getah. Biji getah?
“Sedap kak,” sampuk Norazuwa, anak sulung Faridah berusia 22 tahun. “Rebus dulu biji getah tu, lepas tu boleh masak apa-apa pun, gulai, sambal,” sambungnya. Tak pernah terlintas di benak penulis, biji getah menjadi santapan utama tetapi itulah juadah harian Faridah anak-beranak. Jika ada duit lebih atau jiran menghulurkan lauk-pauk, merasalah Faridah dan anak-anak lauk lain.


* NORAZUWA


“Sedap ke?” saja soalan itu penulis ajukan pada Helmi dan Nor Asma, 9. Helmi mengangguk dan Nor Asma, sambil senyum mengiyakan, tanpa ragu-ragu. “Mana lagi sedap, rom ke ayam?” usik penulis. Hilang senyum Nor Asma seketika. Dengan wajah sayu dan nada perlahan, dia menjawab, mestilah ayam.

* NOR ASMA

Namun, agak mustahil untuk Faridah menyediakan juadah lazat buat anak-anak. Dengan pendapatan hasil menoreh getah di kebun orang hanya kira-kira RM100 hingga RM150 sebulan (jika bukan musim hujan), mampu menyediakan makanan ala kadar buat mengalas perut, sudah jauh daripada memadai.
Dengan pendapatan tidak seberapa itu dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, perbelanjaan harus berpada-pada. Mujur anak yang bersekolah, Mohamad Faizal, 12; Mohamad Azahum, 10; Nor Asma dan Helmi menerima bantuan persekolahan sebanyak RM150 seorang setiap bulan, tetapi bayangkanlah, untuk ke sekolah, yuran harus dibayar, bulu latihan harus dibeli, pakaian sekolah, baju sekolah, belum lagi mengambil kira tambang bot pergi balik ke sekolah sebanyak RM40 seorang!


* BEG SEKOLAH

Kerana itu, anak-anak Faridah hanya bersekolah setakat Tahun Enam. “Saya tidak mampu,” kata Faridah, yang kelihatan lebih tua dari usianya 39 tahun.
Tidakkah Faridah mahu melihat anak-anaknya bersekolah lebih tinggi, dengan harapan dapat mengubah hidup keluarga satu hari nanti, Faridah terdiam seketika bila ditanya begitu. Air mukanya bertambah keruh dan matanya bergenang. “Memanglah,” jawabnya perlahan.
“Memang hasrat hendak melihat anak-anak terus belajar, tapi saya tak ada kudrat. Tapi itu harapan saya, dapat bantuan supaya anak-anak boleh terus belajar,” katanya.
Itu harapan penulis dan semua warga Middle Earth juga. Anak-anak Faridah bijak. Helmi mendapat tempat ketiga dalam peperiksaan akhir tahun dan Nor Asma, yang kelihatan, lebih yakin apabila berbual, sentiasa mendapat antara tiga tempat teratas di kelas.
Malah, Helmi ketika dinasihatkan supaya terus bersekolah, masuk universiti dan jadi doktor kelak, mengangguk bersungguh-sungguh, seolah-olah memang memendam hasrat bergelar doktor suatu hari nanti.
Ini tidak mustahil jika anak-anak ini mendapat bantuan sewajarnya. Pembaca yang berhasrat mengubah nasib anak-anak ini, meringankan beban Faridah sekeluarga, menghulurkan sebarang bentuk bantuan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Middle Earth di talian 012-9819145 atau 09-2669618 atau e-mel matdu.ninety@yahoo.com.
Sebelum meninggalkan Faridah dan anak-anaknya ketika waktu hampir senja hari itu, penulis bertanya pada Helmi: “Malam ni Helmi nak makan apa?” “Telur!” jawabnya penuh semangat sambil menggenggam kedua-dua tangannya, seolah-olah itulah lauk paling lazat. Sekali lagi, kami semua menjadi sebak...

Friday, July 3, 2009

cik ngang or cik doh?

April 11...mak datuk..lamanya..tu lah n3 terakhir ditulis...hari ni dah 3 Julai...ishhhhh...dekat 3 bulan tu..lamanyaaaaaaaa......sori la buat yang rajin menjengah...menyinggah...nana sayang, cikgu...banyak benda nak cite, ada rasa nak menulis tapi vitamin M (malas) banyak sangat....

sepanjang hampir 3 bulan ni macam2 benda berlaku sebenarnya..sempat dua kali ke negara orang - Phuket, Thailand, Mei hari tu dan terbaru bulan lepas, ke Moscow, Russia dan Kazakhstan....sat kang tengok kot2 boleh upload gambar....belum kira hal kat tempat keje lagi, anak2 tersayang, kengkawan dan sesiapa saja yang bergelar manusia di sekeliling.

Nak cerita pasal trip ke Phuket dan Russia, panjang lak kang kan...ringkasnya, Phuket tu cuti2 yang memang betul2 cuti..bukan pasal kerja, tak payah buat kerja....melainkan kerja makan, minum, tido, makan lagi, jalan2, enjoy, tido, maka, minum, tido...bla..bla...n oh ya massage..Thai massage...best....sedap badan tapi lagi best sebab murah gila. sejam massage satu badan dalam rm25-rm30 je..tak yah cite banyak la ek..tunggu je nanti gamba

g russia tu, well, ni keje...tugasan tengok pelancaran satelit Measat. Keje pun keje la kan..tapi ni keje yang best....kalau ada duit pun, memang boleh sampai la Moscow n kazakhstan tu..tapi sedikit susah untuk jadi saksi detik yang best....masa roket tu dilancarkan, kitorang yang duk (berdiri sebenarnya) kat kawasan lapang tu...terasa sedikit gegarannya...gekgekgekgek....hahahahaha...best experience!!!!....kang upload gambar

tapi ada satu cite kelakau la nak cite...well, mungkin tak kelakau bagi org lain....cerita cik doh (bodoh) sikit....kang kata depa ni bodoh atau kureng skit cerdiknya, marah tapi sebenarnya kekurengan kecerdikan ni memang dah sinonim dengan mereka ni..harap muka je lawa, body je cantik (emmm..bolehla), gaya ngalahkan mak datin, eksyen jangan cite lah....cuma, 3 insan yang saya jumpa dalam flight MAS ke London ni, baik2..memang baik, peramah...tak taulah sebab betul2 baik atau sebab kitorang dok business class...what ever la kan..tapi camnilah....kebetulan, dalam kumpulan kitorang yang nak g tengok satellite launching ni, adalah lagi sorang awek cun, nama sama dengan saya ni.....pramugari A datang, ehhhh....u ada adik-beradik ye naik flight ni? Saya: aaaaa? takde...napa? Pramugari A: ni ha depan u...nama sama.....Saya: (dalam hati...emmmmm...apa kes minah ni).....malas nak layan sebab ngantuk...senyum je lah

Pramugari B lak datang...eh...depan ni adik-beradik u ya? Saya: aaaaa? napa? Pramugari B: nama sama...Saya: (double tercengang..apa bangang diorang ni....)...tapi buat dek lagi...penat..ngantuk..kenyang...(sedap sate dalam flight ni...erkkkk....Alhamdulillah)

Pramugari C: eh u ada adik-beradik ek naik flight ni? Saya: napa? Pramugari C: nama uol sama....Saya: (dengan penuh sopan santun dan muka manis...takut depa terasa) Laaaa..uol ni, apalah..kalau adik-beradik nama sama..kalu nama bapak sama, yang mungkin adik-beradik....
Pramugari C..terkulat-kulat, tersipu-sipu dan muka naik bera...hehehehe..tu je dia boleh kata...gelak manja malu...

hahahahaha...ada ke kan? nak kata depa ni, bukan orang Malaysia, sah-sah orang Malaysia, Melayu lagi. apa kes adik-beradik nama sama..gile ke mak bapak nak letak nama anak sulung salina, anak kedua salina, anak ketiga salina..sampai anak ke-21, salina....

ish..cik ngang ke cik doh ni? LU FIKIRLAH SENDIRI...sorry nabilllll...pinjam tagline

Saturday, April 11, 2009

Be grateful







Got it from a friend.....

Beautiful Lesson !!!!!!!!


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US . Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.



In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss




An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart




Katie, in her wheelchair with the oxygen tube , listening to a song from her husband and friends




At the reception, Katie had to take a few rests. The pain didnot allow her to stand for long periods






Katie died five days after her wedding day. Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think.....


Happiness is reachable, no matter how long it lasts . We should stop making our lives complicated.


Life is short
Break the rules
forgive quickly
love truly
laugh constantly
And never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

Sunday, March 29, 2009

Sedihnyaaaa.....

Dalam perut lagi, dua anak manis ini `sudah tidak berbapa'. Dah takde jodoh mak bapaknya, bercerai ketika maknya tengah mengandung....hampir sepanjang 9 bulan, sorang-sorangla si mak ni, ke sana ke mari membawak perut yang Tuhan saja tau besornya...dah dua orang kat dalam tu....perut macam nak meletup, kaki membengkak, kesian tengok....
Pendekkan cerita, sampai masanya, lahirlah si kembar berdua ni....sekali lagi sedih....bapaknya entah ke mana...anak nak keluar tengok dunia pun dia tak ada...sebagai kawan yang paling rapat, kami laki bini menunggu saat2 si maknya melahirkan.....comel...si kakak keluar jam 1.21 petang..dua minit lepas tu, si adik menyusul....tak seiras...takpe, janji sihat...dan selamat semuanya. Tiba time untuk mengqamatkan, siapa nak qamatkan ni? bapak dia takde...Mujur suami saya ada....dengan perasaan sebak, mata bergenang, didukung dan didakapnya, anak-anak ini seorang demi seorang, dibisikkan qamat...diiringi air mata kami yang menyaksikan...kesiannnn.....
Itu cerita hampir enam tahun lalu...si kembar dah besar..dah banyak mulut dah, macam2 lagak dan cerdiknya.....time tak kena angin, jadi pengkritik terhebat si mak...tetapi dalam kebanyakan masa, merekalah peneman dan penghibur si mak paling setia....n `shoulders for the mum to cry on'.
Baru-baru ni, si maknya tension sebab abang2 sibuk suh si maknya kawin.....macam lah maknya kemaruk nak kawin......mengadulah si mak budak2 ni kepada maknya (nenek si kembar)....dan si kembar pasang telinga rupanya dalam dok sibuk2 main....tiba-tiba menyampuk....
Kakak: "Mummy...mummy marah kat uncle *** ek?" (si Mummy tercengang kejap, tak sangka anak2 pasang telinga. Tidak menjawab, si Mummy hanya mengangguk)

Kakak: "jahat kan Uncle ***. Ada ke suruh Mummy kawin lagi..." (lagi lah si Mummy tercengang)

Adik: "Aaaa...aaaa...mana boleh suh Mummy kawin lagi..kita ada bapak kan kakak...."

si mummy yang bercerita dengan saya dengan nada tergelak2..saya, tersentak seketika...dan dalam gelak, saya menangis...si Mummy pun...kemudiannya menangis.....
Sedihhhh...sedihhhhh

Sunday, March 15, 2009

lama tak jumpa...

Dah hampir sebulan...esok, emmm..genap sebulan..tak menjenguk blog sendiri...takde n3 baru...bukan takde cerita, cuma tiada kesempatan hinggalah semalam, buah hati pengarang jantung tanya..."mama, mama lama tak post cerita baru kat blog." "Aaa..aaaa..mama sibuk lah sayang...". "Tulislah cepat, kakak suka baca blog mama....."....emmmmmmmm..thanks sayang....sedap hati bila anak sendiri menghargai `kemerepekan' (ada ke perkataan ni...hantam sajalah kan) kita....
So, hari ini dengan semangat baru, macam baru dapat Vitamin R (rajin) menggantikan Vitamin M (malas) selama ni....blog yang dah sebulan terbiar, hampir 30 hari terabai ni...dikunjungi semula. Kesian dia....terkonteng-konteng `sorang'..ahakksssss
Banyak nak cerita, banyak nak kongsi...tapi bila dah banyak sangat yang nak diceritaan, tak larat lak nak cerita suma kan...Mungkin boleh cerita semua, satu persatu, tapi susunan kisahnya tidaklah mengikut turutan..apa saja yang terlintas la ni...yang tu lah yang akan dicatatkan....
Hampir dua minggu baru-baru ni, 15-25 Februari, selamat menjejakkan kaki ke Jepun. Mula2 dapat asignment ni, tengok jadual program..aduasssss...penatnya...pack jadual..hari2 ada briefing, talk, interview. Kunjungan ke Jepun adalah atasa jemputan kerajaan Jepun, menerusi Kementerian Luarnya....nak cerita `keterroran' Jepun in disaster management...macam dia hadapai dan menangani banjir, tsunami dan gempa bumi. Tau tak, kat jepun ni average setiap bulan mesti ada gempa bumi...kalau setakat gempa kecik2 ni , tak heran dah depa....small matter..hehehehe....infact, hari kedua di Tokyo, kira-kira jam 3 pagi, ada gempa berlaku...member kat bilik sebelah merasai pengalaman tu, cuma kami yang lagi sembilan ni (total 10 wartawan dari negara Asia), dah selamat beradu...dengar cerita je la pagi tu....
Tak yah la cerita details kan pasal kecekapan dan kecanggihan Jepun in disater management..tunggu je nanti artikel kuwa kat BH..(tak tau lah bila)...tapi dalam banyak-banyak negara yang dilawati, ini kali pertama saya rasa `jatuh cinta' dengan penduduk sesebuah negara. Sekali pun Jepun ni maju, penduduknya masih mengekalkan ciri2 orang Timur, lemah lembut, berbudi bahasa, hormat orang, suka membantu..sekali pun bantuan yang kita minta itu ibarat bahasa itik bagi mereka dan jawapan yang diterima ibarat bahasa ayam bagi kita. entah apa2 dia jawab, ntah apa yang dia cakap, pucuk pangkalnya dia faham apa kita tanya, bantuan apa yan diperlukan.
Bukan saja dengan orang asing mereka baik macam tu..sesama mereka pun, baiknyaaaa....walaupun kali pertama berjumpa. saya tanya kenapa orang jepun ni macam ni, baik bebeno...depa jawab....kita tak tahu apa yang akan berlaku...bila-bila masa bencana...katakan gempa bumi besar boleh berlaku.siapa yang akan tolong kita, kalau bukan orang yang hampir dengan kita ketika itu? aaaa...aaa ya.....
Orang Jepun terlalu menghormati sesama manusia. Dua minggu kat sana, tak pernah sekali pun dengar bunyi handphone berdering....Rupa-rupanya orang Jepun ni ada satu tabiat...silentkan phone...sebab? tak nak mengganggu orang sekeliling!!! Gituuuuu.....Baguskan..bukan macam orang kita...ringing tone tu jangan cakaplah...volumenya, kadang kala macam guna pembesar suara...belum lagi yang dok tukar2 ringing tone tak kira kat mana....macam dia sorang je lah ada handphone kat dunia ni....kalau berborak kat handphone lak, macam lah nak satu dunia dengar apa dia borak. Orang jepun tak gitu...telefon dah la silent mode...kalau nak berborak, tahan cari tempat yang sesuai..yang jauh daripada orang lain....
kalau nak cerita bab adab orang Jepun ni, nanti panjang sangat lak n3 ni..tapi setakat contoh2 yang saya bagi tu, rasanya alahai...kalaulah boleh migrate to japan...bestnya...(dengan syarat dapat gaji in Yen la).....Jepun mahal!!!!! Tapi mahal pun mahal la, orang Jepun baik2, makanan sedap.....dan Jepun..rata-rata..setakat bandar yang dikunjungi - Tokyo, Kobe, Osaka, Nara - bersihnya...ya Allah. tong sampah pun susah nak jumpa.....
Nak merokok pun takut...eh, boleh ke merokok kat sini...susah bebeno nak terjumpa putung rokok yang dibuang merata-rata tempat. Kita? Hemmmmmm...tong sampah kat sebelah pun, ashtray atas meja pun...putung campak bawah kaki.....Motif?









in Tokyo....




Monday, January 5, 2009

No more!!!

i m sad...very sad...i wish i could share this with all of u...but i just cant..i m too........damn sad

Friday, January 2, 2009

Oooopssss....

Erghhhhh...apa ni? gile ke dia ni?
Pernah tak korang rasa macam ni...bila dapat sms yang ntah apa2 daripada kengkawan. Sms pelik2 la...macam2 tiba2 ayat jiwang, ayat geli2....sedangkan sebelum2 ni tak pernahnya diorang hantar sms macam ni.
Sah! Ni mesti kes tersilap hantar ni..nak hantar kat bopren ke gepren ke tapi terhantar kat korang. (tak tau lah kan kalau sebenarnya memang nak hantar kat kita..huhuhu). Tapi, ye lah , kita sangka baik kawan2, berkawan ikhlas berkawan, takde pero2 (takde kona2..takde udang di sebalik mi)....
Off lately ni, adalah sorang kawan tu, ishhhh..mentang2lah tengah bercinta...hai..mabuk sakan gamaknya...ayat jiwang gile, geli pun ada....selalu nak cover line, kononnya takde apa2, tak bercinta (dengan sesiapa), tapi baca sms2 dia yang tersalah hantar tu, mak datukkkkkk...tobattttt....ni bukan mabuk lagi dah ni, ni dah memang gatal nak kawin..hahahahaha....
Yelah, kita ni setakat kawan..walau sebaik mana pun, hal2 peribadi kita tak campur. Kalau mulut kata tak bercinta, sedangkan hati menggelitik gatal, kita percaya cakap mulut..hati orang mana kita tahu....Kau nak cerita aku dengar, kau mintak nasihat, kalau boleh dan wajar kita bagi..seadanya. Tapi, kalau betul suka, bercinta, ceritalah je la...bukanlah nak suh buat announcement...tapi janganlah jadi macam artis2 kita yang selalu menafikan bercinta tapi tiba2 keluar cerita sudah putus kasih. kalau dulu tanya, hanya cakap ooohhh dia tu tema tapi mesra.....bila dah putus, barulah cakap ooohhh hubungan cinta saya dan dia sudah tamat.
So, kawan2 (kawan2 baik) yang tersalah anta sms ni...kalau ada apa2, ceritalah...takyah cerita banyak, sikit2 pun jadilah...supaya kengkawan yang terima sms ni, takyahlah nak bersuluh di bawah sinaran terik mentari............oooopssssssssss

Thursday, January 1, 2009

Bye2 2008..Hi2 2009

it has been a great 365 1/4 days in 2008....ye ke? ye la kot..rasanya la....emmmm..boleh tahanla...banyak benda accomplished walaupun kebanyakan benda yang jadi tu tak termasuk dalam senarai `things to do' or `things to accomplish' in 2008.
dapat lebih ramai kawan in 2008, was not in the list; banyak berjalan in 2008, also not in the list; banyak party..hehehehe..lagi la takde dalam list........
tapi in 2008..memang banyak jalan..tak kiralah sama ada sebagai pelancong domestik atau pun pelancong asing (sambil bekerja). gi langkawi, g penang, g genting, gi PD, gi Perak, gi Johor,...emmm g mana lagi ek? basically, banyak jalan....dgn family, dgn kawan2....seronok walaupun duit banyak abis..dapat luaskan pemandangan, dapat pengalaman, dapat makan, shopping, dapat kawan baru dan yang paling penting, mengeratkan hubungan sesama keluarga, menambah kemesraan dengan anak2, kawan-kawan..yang jauh, duit je lah...tapi tak kisahlah kan, duit boleh dicari....(emmmm..boleh cari???????)
Benda dalam senarai? emmmmmm....basically takde apapun yang dalam senarai kecuali 1 benda ni la...ni rasanya dah bertahun2 dalam senarai tiap kali tahun baru menjelma...nak kurus!!!...tak kurus2 gak.....nak kurus macam mana, usahanya takde.....jogging, takde; pergi gym, emmm..tak kuasalah; main futsal macam dulu2, langsung dah tak nampak bayang....yang ada, makan, makan dan makan lagi.....
So, untuk 2009, nak kurus? Naakkkkkkkkkkkk..tapi rasanya nak usahalah kali ni....sebab...jumpa orang je, eh..u put on meight ek...eh, gemuk u sekarang....eh, tembamnya u......Ye Ye Ye, tau tau tau....tunggulah....sebelum 2010, mesti kurus. Kurus macam siapaaaaaa? Emmmm...macam...kurus macam kuruslah...yang penting bukan macam sekarang.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, December 29, 2008

Semoga segalanya bertambah baik...

Selamat Tahun Baru...Awal Muharram..Maal Hijrah...kepada semua, juga diri sendiri. Of lately ni, selalu sangat borak2 dgn gang2 betapa hidup ni kena berubah...umur dah tak sikit....tak lah tua, tapi tak semuda mereka yang lebih muda walaupun tak setua mereka yang lebih tua....
Masing-masing bercerita banyak benda (biarlah rahsia..hehehehe) yang hendak dikurangkan kalaupun tak dapat ditinggalkan terus. Ada kawan hantar sms..dia nak tinggalkan benda2 yang do no good for him/herself, his/her pocket, health n wealth....ada pulak kawan cakap , ada benda yang dia buat membuatkan dia semakin jauh daripada keluarga...ada yang meninggalkan benda yang menyebabkan mereka jauh dari kawan sebab apa yang dia buat tu membuatkan dia melihat the true colour of his/her friends/best friends....hilang rasa hormat, hilang kepercayaan..menyebabkan persahabatan yang terjalin sekian lama hilang begitu saja.....
Pendek kata, ramai yang berazam untuk berubah. Macam ni lah kan selalunya bila tiba musim atau tahun baru tak kira tahun Islam atau omputih....diari tahun baru kena bersih, mahu dicatatkan dengana yang indah dan berjaya..yang tak baik, kegagalan, keburukan, cerita duka, cerita sedih, malang semua hendak ditinggalkan...inilah yang juga dikatakan Hijrah....berubah dari satu tempat ke tempat yang lain, berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain...dan secara logiknya, perubahan atau peralihan itu mestilah ke sesuatu yang lebih baik.
Buat diri saya sendiri, juga rakan2 dan sesiapa saja yang `menziarahi' laman ini, selamat berhijrah...semoga halaman baru dalam hidup ini membawa kebaikan dan kebahagian yang lebih abadi.....TAPI....semuanya takkan menjadi kenyataan jika kita sendiri ridak berusaha untuk berhijrah kan? sooooo.....to all....SELAMAT BERHIJRAH.....

Tuesday, November 11, 2008

kahwin lagi...?????

Bulan2 haji ni...adalah kengkawan yang dimurahkan rezeki, dibukakan pintu hati, sampai seru, turut ke Tanah Suci. Tumpang suka dengar kawan2 pergi..dan seperti lumrahnya, kata orang, sebelum pergi tu, bermaaf-maafan lan, kalau ada hutang bayar, maka dapat jugalah panggilan dengan beberapa rakan yang ke akan ke sana.
Dialog biasalah...`saya nak pergi haji..sekian2 hari bulan..mintak maaflah ya kalau ada salah, terkasarbahasa, tersalah laku, terguris hati..bla..bla..bla...."...Yelah, sama lah kita..jawapan balas..semoga selamat pergi selamat kembali..dapat haji mabrur. dalam hati, bila pulak kita nak pergi ya....
Dalam mintak2 maaf tu, entah macam mana timbul lak kisah kawin dua...(atau lebih)emmm...mungkin sebab adalah skrip mintak maaf kalau `terusik', `tercuba', `terapat'..senang kata, usha usha la....
Jawapan balas skali lagi, senang je...`alah, kengkawan...relaxlah...tau, usik2, takde seriusnya..laki dah kawin, mana berani nak kawin lagi satu'. ye ke?
entahlah, rasanya tak ramai laki yang dah beristeri, berani nak kawin lebih...walaupun ada...bak kata Allahyarham P Ramlee, satu banyak2, 2 sedikit2, 3 kadang2, 4 jarang2...
Hakikatnya, memang ada laki yang berani kawin 2, 3 mahu pun 4..sama ada secara terus terang dengan isteri pertama ataupun secara curi2...pendek kata, mereka ni berani amik risiko, sanggup kena maki..bab mampu tak mampu, adil tak adil tu, rasanya tak terlintas kat kepala diorang...sebab ramai gak yang tak mampu, isteri nak ramai gak, adil jangan ceritalah..memang senang cerita takkan adil...new broom sweeps well...
Yang lain tu, kalau dah beristeri tapi pasang gak girl friend, emmm..rasanya baiklah si girlfriend tu lupakan je harapan hidup bersama. Takkan ke mananya..setakat peneman suka bolehlah, semuanya seketika....sementara..walaupun si laki ni berdegar2 berjanji....taj mahal la, everest la, pendek kata bulan bintang di janjikan, tapi bila isteri dapat tahu, taj mahal entah ke mana, everest dah jadi busut, bulan kelam, bintang malap...best friend je ni yang, katanya pada si isteri, cinta hati abang sayang seorang..merujuk pada si isteri...dan si girl friend? dia la yang kena maki, pempuan gatal, kacau laki orang, nak ngikis duit walaupun si laki ni sebenarnya sengkek....pendek cerita, sakit hati, gigit jari....
So camno? what do u guys think? si pempuan, kawan2 cukuplah kalau berkawan dengan laki orang ni kan...tak guna ada perasaan....jauh sekali harapan...laki orang lak? cukup2 lah dengan isteri seorang....jaga hati sebaiknya, tunaikan tanggungjawab seeloknya....lainlah kalau si isteri yang merelakan.

Friday, November 7, 2008

No women no cry, no men...???

sharing this with u guys...

For all those men who say, Why buy a cow when you can get milk for free. Here's an update for you:

Nowadays, 80% of women are against marriage, WHY? Because women realize it's not worth buying an entire pig just to get a little sausage. Men are like....

1. Men are like Laxative
They irritate the crap out of you.

2. Men are like. Bananas .
The older they get, the less firm they are. (emmmmm...????)

3. Men are like Weather .
Nothing can be done to change them. (very true)

4. Men are like Blenders.
You need One, but you're not quite sure why.

5. Men are like Chocolate Bars ..
Sweet, smooth, & they usually head right for your hips. (hahahahaha..they dont like to waste time huh..the very staright to the point oneeeee)

6. Men are like Commercials .
You can't believe a word they say. (huh..tell me about it.especially those yang mat kuntum..pandai ayat)

7. Men are like Department Stores ...
Their clothes are always 1/2 off!

8. Men are like . Government Bonds ....
They take soooooooo long to mature. (they will never do...no matter how old they are)

9. Men are like .Mascara .
They usually run at the first sign of emotion.

10. Men are like Popcorn .
They satisfy you, but only for a little while.

11. Men are like Snowstorms .
You never know when they're coming, how many inches you'll get or how long it will last.

12. Men are like Lava Lamps .
Fun to look at, but not very bright. (not very broght? or not bright at all?emmmm...they have the word `bright' in teir dictionary ya?)

13. Men are like Parking Spots.
All the good ones are taken, the rest are handicapped. (ya laaaa...sob sob sob)


*sigh* despite all that...i do need man..men???
....i m not against nature....emmm..yetttt.....