Sunday, May 29, 2011

kanak-kanak `cerdik'

kerenah anak-anak, senang cerita siapa tak ada anak, tak boleh cakap byk. Pengalaman melihat, macam langit dengan bumi bezanya dengan tuan punya badan. Lebih kurang macam, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kepayahan, kesulitan, kesukaran, keperitan pelbagai dan keseronokan memiliki anak pun, itulah anugerah terbaik yang boleh dimiliki seorang wanita (dan mungkin juga bapa). (bapa ni selalunya kurang sikit `feeling' nya dengan anak).
Masa kecil,bayi, lain ceritanya, jadi kanak-kanak, remaja, dewasa, setiap fasa, setiap peringkat, ada cabarannya.
Baru tadi dapat cerita daripada Aida hal dua puteri kembarnya. Nak jaga anak seorang pun tak senang, ini pula dua serentak. Kakak dan adik kembar tak seiras. Bila dah tak seiras tu, bukan rupa je berbeza, bentuk tubuh, kakak kurus tak cukup makan, adik debob terlebih makan; perangai jangan cakaplah. seorang feeling ala-ala model gitu, sorang lagi, macam samseng...hehehe..ganas
Sebelum cuti sekolah biasalah, ada periksa. Kakak dan adik Tahun Dua dah tahun ini (cepat besar...Mama Ina (tu panggilan diorang pada yang bercerita ni)). Keputusan kakak bagus daripada adik. Adik sejah tadika, Tahun Satu memang banyak mainnnn....
Si Mummy pun tarbiyah sikitlah anak-anak. Nak bagi semangat kononnya supaya keputusan periksa akan datang lebih baik, offerlah ganjaran.
"Ok, kena belajar elok2, nanti periksa Mummy bagi hadiah. Setiap satu A, Mummy bagi satu hadiah," kata si Mummy dengan harapan Kakak dan adik boleh dapat banyak A.
"Aaaaaaa...kalau macam tu, adik satu A cukuplah sebab adik nak satu hadiah je," jawab adik. Nak cakap apa? Mummy terkedu sekejap dan Mama Ina yang dengar cerita pun, terkedu juga.
Adik, adik......cerdik bebenor ya.....