Saturday, April 11, 2009

Penternak berjaya!!!

CUKUPLAHHHHHHHH!!!!! Tak tahan dah....dah jenuh dah bertarung dengan menatang ni....hantu betul..betul2 menatang.......tak pasal2, Baby jadi `penternak berjaya'!!!
Ni ha menatangnya.....nampak gambar ni?




Kenal tak mende menatang ni? Inilah the very famous menatang....KUTU!!!!! arghhhh...benci betul kat menatang ni....datang tak diundang, menghuni tak dijemput..tak sedar diri, dihalau tak nak pergi, berkampung ngalahkan Belanda...menjajah.....membina koloni...
Betul, dah tak larat dah tengok cik KUTU ni kat kepala anak2...especially Baby....macam2 cara dah buat....kejap je dia pergi, pas tu datang balik....dah sikat, buang, bunuh...ilangnya kejap je...bergaul balik dengan `penternak2' lain, jadi balik Baby `penternak' berjaya. Penternak KUTU...arghhhhhhh.....tak suka tak suka..benci benci!!!!
Banyak gile korang...kena selak kutu n telurnya nak cari rambut...macam tu lah lebih kurang nak describe betapa banyaknya kutu dia....naik geli geleman dibuatnya tapi Baby ni buat dek je..tanya gatal, selamba jawab..tak..walaupun sabil menjawab tangan menggaru kepala..yang memang gatal.
Lagi tak tahan dia boleh jawab..ala, kawan-kawan Baby nya kutu lagi banyak Mama....erkkk..ada keeee?
Kutu ni bukan menatang baru..dah berzaman dah...lebih 30 dekad lalu, masa saya kanak2, gitu gak lah penangan kutu. Ingat dulu mak kalau mengerjakan kepala kitorang, selalu cakap, kalau banyak kutu kat kepala, nanti kutu bawak terbang gi tasik (merujuk pada Tasik Shah Alam dekat Kompleks PKNS dulu). Teringat gak masa kat sekolah, sampai ada perhimpunan khas la cikgu2 buat sebab dah hapuskan kutu ni...habis kepala budak2 satu sekolah kena lumur dengan minyak tanah...kononnya itu ubat paling mujarab....ye la kot..tapi tak sampai hati lak nak sapu minyak tanah kat pala Baby...cian Baby mama....
Sorry Sayang...mama buntu penangan kutu.....tapi tak pe sayang, kita akan pastikan menatang ni tak lagi `bersama' Baby..mama tak rela Sayang, anak mama jadi penternak berjaya..penternak kutu......tak relaaaaaaaaaaaaaa.....


Sikit info on kutu:

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.
Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.


Pengelasan saintifik
--------------------
Alam: Haiwan
Filum: Artropod
Kelas: Serangga
Order: Phthiraptera
Suborder: Anoplura
Famili: Pediculidae
Genus: Pediculus
Spesies: P. humanus


Gejala & Tanda
----------------
* Rasa gatal yang keterlaluan.
* Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian
tengkuk dan pada belakang telinga.
* Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.


Rawatan
---------
* Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk
mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
* Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
* Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak
harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
* Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka
yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
* Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi
dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain
yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
* Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau
lebih di dalam air yang betul-betul panas.
* Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-
kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta
selepas itu.
* Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah
atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya
jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.

Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :
Gamma benzene hexachloride (lindane)
Malathion

Pencegahan
------------
* Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana
jangkitan semula boleh berlaku.
* Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
* Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia
boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
* Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain
amat berguna.

Be grateful







Got it from a friend.....

Beautiful Lesson !!!!!!!!


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US . Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.



In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss




An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart




Katie, in her wheelchair with the oxygen tube , listening to a song from her husband and friends




At the reception, Katie had to take a few rests. The pain didnot allow her to stand for long periods






Katie died five days after her wedding day. Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think.....


Happiness is reachable, no matter how long it lasts . We should stop making our lives complicated.


Life is short
Break the rules
forgive quickly
love truly
laugh constantly
And never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

Thursday, April 2, 2009

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).


Jika sakit kepala , tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .


Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan berulang kali dan anda akan berasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , oleh itu mereka lebih mudah berasa tenang. Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , menyebabkan mereka mudah marah.


Apabila terjaga dari tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.


Saya sentiasa sakit kepala dan doktor sering bergurau, yang segala-galanya akan pulih apabila saya berkahwin. Saya makan ubat tetapi tiada kesan sehinggalah saya melakukan kaedah ini. Saya menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , saya tidak lagi sakit kepala.


Dengan mempraktekkan terapi pernafasan ini secara benar (menarik dan mengeluarkan nafas), kondisi tubuh anda akan sangat rileks. . Jika ingin BUNUH DIRI (????), cuba tutup kedua-dua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam , maka anda tidak akan merasakan apa-apa .