Sunday, July 27, 2008

atok nenek..bukan dato' datin

waktu kejadian : kira2 3 tahun lepas, time tu anak sulung 10 tahun, yang kecik, 5 tahun...
lokasi: bilik tido mama n papa diaorang
objek: 3 orang - mamanya, anak sulungnya dan anak bongsunya
waktu: petang....

si kecik: mama, baby rasakan mama, mama berhentikan je la kakak dari sekolah...buat buang duit mama je

mama: la, napa lak? (dengan muka tercengang2, begitu juga muka kakaknya)

bongsu: buat apalah mama nak bazirkan duit..kahwin kan je kakak ni..dia tengah bercinta!!!

mak datuk....ish budak 5 tahun ni, dah pandai dah bab cintan-cintun

bongsu menambah: mama tak percaya? jap..baby tunjuk bukti (sambil terus berlari ke bilik kakaknya dan dikejar kakaknya yang kebengangan dan mamanya menunggu..teruja)

bongsu: mama tengok ni..kakak dapat bunga...mama tengok sapa bagi ni? ni ha..budak lelaki..ish, mama kahwinkan je la kakak..dah gatal nak bercinta ni....tak payah bagi dia pegi sekolah dah...

sah..memang bunga (bunga kain berserta pasunya pemberian kawan lelaki si kakak tapi alahai, ni hadiah bday masa kakak umur 7 tahun..hadiah budak2, entah pasu bunga sapa la dikebaknya)....maka, si mama tergelak, terbahak2, hampir terguling dan kakak, ngalahkan mulut murai cuba explain kat mama apa yang berlaku di luar dugaannya dan adiknya salah faham.
tak kisah sangatlah kan pasal hadiah tu, tapi budak2 5 tahun dah pandai cakap pasal bercinta, kahwin, berhentikan sekolah, membazir duit mama.....
masa tu, mamanya gelak je lah...tapi masa berlalu, anak2 makin besar, si manja2 mama dah jadi anak dara....memang satu hari nanti akan berpasangan, ada keluarga sendiri..dan mama juga papa...akan sendiri lagi...kembali menjadi merpati sejoli...mau gamaknya honey moon hari2....atok nenek gelaran diberi...tiada lagi mama papa atau mummy juga daddy....

ish....tak sabar nak jadi nenek....

Thursday, July 24, 2008

ahhh...nak terkucil rasanya...


Public toilet in switzerland

A. outside view B. inside view
That's made entirely out of one-way glass. No one can see you in there, but when you are inside, it looks like you're sitting in a clear glass box. Would you use it ?????

Good Husband (????)

Jack wakes up with a huge hangover after attending his company's Christmas Party. Jack is not normally a drinker, but the drinks didn't taste like alcohol at all. He didn't even remember how he got home from the party.

As bad as he was feeling, he wondered if he did something wrong.Jack had to force himself to open his eyes, and the first thing he sees is a couple of aspirins next to a glass of water on the side table. And, next to them, a single red rose!

Jack sits up and sees his clothing in front of him, all clean and pressed. He looks around the room and sees that it is in perfect order, spotlessly clean. So is the rest of the house.He takes the aspirins, cringes when he sees a huge black eye staring back at him in the bathroom mirror.

Then he notices a note hanging on the corner of the mirror written in red with little hearts on it and a kiss mark from his wife in lipstick:"Honey, breakfast is on the stove, I left early to get groceries to make you your favorite dinner tonight. I love you, darling! Love, Jillian"

He stumbles to the kitchen and sure enough, there is hot breakfast, steaming hot coffee and the morning newspaper.His son is also at the table, eating.

Jack asks, "Son... what happened last night?"

"Well, you came home after 3 A. M., drunk and out of your mind. You fell over the coffee table and broke it, and then you puked in the hallway, and got that black eye when you ran into the door.

Confused, he asked his son, "So, why is everything in such perfect order and so clean? I have a rose, and breakfast is on the table waiting for me??"

His son replies, "Oh THAT!... Mom dragged you to the bedroom, and when she tried to take your pants off, you screamed, "Leave me alone, I'm married!!"

Broken Coffee Table $239.99
Hot Breakfast $4.20
Two Aspirins $.38
Saying the right thing, at the right time . .Priceless!







Beberapa hari ni, kengkawan dok bincang pasal isu racist..perkauman...nak cakap macam mana, sedih macam mana pun..yes, we have to admit, its happening....dan rasanya akan terus berlaku kalau sesuatu tak dilakukan.




contoh jawapan sejarah kat sebelah ni sebenarnya bukan sekadar menunjukkan betapa kaum yang pelbagai kat Malaysia (yang dibangga-banggakan as multiracial, yang dapat hidup aman damai dalam satu negara) tidak memahami agama, budaya dan amalan kaum yang lain. kalaulah setiap insan, tak kira Melayu, Cina, India dan apa juga bangsa yang ada kat negara ini didedahkan sebaiknya dengan kelainan keperluan dan budaya, adat resam, agama etc etc bangsa lain...rasanya takkan jadi benda macam ni..dan bila setiap sorang dah faham kelainan kaum lain, barulah rasanya timbul rasa hormat...hilang syak wasangka dan perasaan benci..maka tak timbullah isu perkauman. Entah la....




Tauge? Taugeh? Togeh?

Hari ni nak kongsi satu lagi manfaat...(before that, yat..can u see now...i m using larger font...)

Rahsia Tauge
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.


1. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. (waaaahhh..ni mesti ramai yang suka, especially lelaki..pantang je sentuh topik ni..) Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

3. Tauge mempunyai estrogen semula jadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.
Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

5. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Amat baik buat mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi.

6. Tauge membuatkan anda lebih muda.
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

7. Tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air.
Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Tuesday, July 22, 2008

gula2...digula2kan...

from an email...untuk renungan

Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

scientific..as requested...

ebi asked me to write more on scientific issues....so ebi..this is specially dedicated to you...n yang lain2 jugaaaa...
bahasa Indonesia rasanya..so, ada perkataan yang felik2...

Analisis kimia ttg kentut .....Jangan cuma tahu baunya saja, tapi harus tahu juga proses ilmiahnya.

1. Dari mana asal kentut?Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan,gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut &cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana &hidrogen.Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut.Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhny atidak sempat mengabsorbsi oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawaini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteriad alam perut, & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?Kerana adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk.Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya, tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah.Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yg bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar.Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi,tapi tidak terlalu jauh, karena bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?Tergantung kondisi udara, seperti kelembapan, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'.Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang.Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, berarti mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya.Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta,konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender.. Kalau benar, berarti perempuan menahan kentutnya & apabila mereka kentut akan banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau berkeadaan sunyi,boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa memakan kacang menyebabkan banyak kentut?
Kacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteria diusus langsung berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susujuga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum softdrink,naik pesawat udara (karena tekanan udara lebih rendah, sehingga gas didalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sedawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut.Sedawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan diabsorb darah, bukan hilang karena bocor.. Tapi berpindah ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap,tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Memang boleh. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible . Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru karena kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkan menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Karena anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya protein.Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebihbusuk.Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak,lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya kelihatan seperti gas nitrogen oksida,akan ketahuan siapa yang kentut.

21. Apakah kentut itu asid, bes atau neutral?
Asid, karena mengandung karbon dioksida (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur (belerang) di lapisan udaranya,jadi kentut di sana pun tidak ada pengaruhnya.

so....?

Lu Fikirlah Sendiri.....

Masih murah....harga minyak dan barangan keperluan di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding..emm..depa selalu compare dengan Singapura, Thailand..negara jiran je lah...sekali-sekala...dibandingkan juga especially harga minyak dengan UK.
Yelah tu..murah sangatlah....cuba compare harga barangan dan gaji yang kita warga Malaysia Boleh ni dengan gaji dan harga barangan mereka sekali. Mahu terduduk kita dibuatnya. Satu contohlah, harga minyak kita, petrol RM2.70 seliter, di UK, London umpamanya, 1.18 pound, times 6.5 katakan, RM7.60....tengok, harga petrol diorang jauh lebih mahal daripada malaysia. cuba check gaji dia plak...budak2 baru grad kat Malaysia ni, kalau kerja2 biasalah, young execs, dapatlah RM1,800-RM2,500 sebulan...kat London, kerja cleaner, part time je...boleh dapat 2,000 jugak..bukan 2000 ringgit, tapi 2000 pound. Toingggggggggggggggg!!!!!
pening..pening....jadi, gaji RM2,000, minyak RM2.70...gaji RM13,000, minyak RM7.60.....bak kata Nabil Raja Lawak Musim Kedua...LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!!

Monday, July 21, 2008

let's eat ice...

Got an e-mail from a friend recently...al-kisah ais/air sejuk tajuknya...tak tau sejauh kebenarannya...tapi kalau baca ada logiknya. What do u think madam curi? input us....

Rahsia Di Dalam Ais

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali
tidur seperti biasa.
* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah
kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek
apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit
kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah
pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi
yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan
anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda
memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam
masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu
minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan
meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-
sangkakan.
* Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam
panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan
syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran
darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air
sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari
yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau
dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi
mengharmonikan.
* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar
biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
* Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu
Intan.
* Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang
paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah
hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan
struktur tulang.
* Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
* Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam
amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
* Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman
yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan
amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan
keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia
menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia
akan menguatkan perut.

emmmm..minumlah air sejuk di awal pagi...mak2 kita dulu, saja cari nahaslah kalau pagi2 makan atau minum benda2 `merepek' (mengikut kamus mak2 kita) - termasuk air sejuk, subuh2 piee...anyway, takde mak kat dunia ini yang tidak mahu perkara terbaik untuk anak-anak mereka.

to my beloved mum, happy birthday mak..selamat hari jadi mak..semoga panjang umur, murah rezeki, hidup bahagia duia akhirat..n stay cool. love u so muchhhh

Thursday, July 17, 2008

blog=diary?

suma dah ada blog sekarang kan? everyone wants to be called bloggers.....emmmm...suits the IT era so well....so, dont bother to be a late bloomer...better late than never....itu kata orang la.....
Benda ni sebenarnya macam diary dulu2 la kan...journal, scrap book..apa sajalah nama yang diberi...the purpose is one...to express yrself..suka duka, marah, geram, sedih, teruja...???? paling tak pun, syok sendiri....bezanya, diary ni selalunya `for the owner's eyes only', blog..untuk tatapan sesapa yang sudi.
tapi betul ke diary ni untuk diri sendiri. Sejarah kewujudannya memang macam tu la....tapi disebabkan alasan itu, ramailah yang terlebih sudi utk mencilok, curi baca, jaja dan ketawakan...yaaaaahhh...gelak gelak...gelak ramai2
teringat insiden sorang kawan ketika masih kanak-kanak dulu, baru belajar nak menggatal. al kisah jatuh cinta (monyet) kat sorang mamat...berjiwang la kat diary tu....budak2 laki ni alah masa umur 11-12 tahun, konon2 antipempuan, nak mengenakan minah ni...maka dicurinya la diary awek ni...gelak sampai guling2 (taklah berguling...ni nak tunjuk betapa gumbiranya diorang dapat baca rahsia orang).....tak cukup dgn tu, habis dijaja kisah minah ni kat suma orang, termasuklah jejaka hensem (la ni dah cik roi) yang minah ni syok.......berzaman la minah ni jadi malu....dah berapa dekad berlalu, minah ni masih malu.....dan bila jumpa la ni, soalan pertama yang ditanya pada minah ni, ada diary lagi? tak baik kannnnnn...
blog ni pun kalu tak dijaga betul2 ada harapan jadi macam tu...kita ni nak cite suka2 la kan, express apa yang terdetik kat hati, kat otak, apa yang terlintas di mata, terdengar dek telinga...tapi silap hari bulan, boleh jadi bahan bualan, lagi silap sakan, bila kawan jadikan mangsa kutukan..ishhh...mana tahan....boleh tahan?? so, be careful..................