Sunday, May 29, 2011

kanak-kanak `cerdik'

kerenah anak-anak, senang cerita siapa tak ada anak, tak boleh cakap byk. Pengalaman melihat, macam langit dengan bumi bezanya dengan tuan punya badan. Lebih kurang macam, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kepayahan, kesulitan, kesukaran, keperitan pelbagai dan keseronokan memiliki anak pun, itulah anugerah terbaik yang boleh dimiliki seorang wanita (dan mungkin juga bapa). (bapa ni selalunya kurang sikit `feeling' nya dengan anak).
Masa kecil,bayi, lain ceritanya, jadi kanak-kanak, remaja, dewasa, setiap fasa, setiap peringkat, ada cabarannya.
Baru tadi dapat cerita daripada Aida hal dua puteri kembarnya. Nak jaga anak seorang pun tak senang, ini pula dua serentak. Kakak dan adik kembar tak seiras. Bila dah tak seiras tu, bukan rupa je berbeza, bentuk tubuh, kakak kurus tak cukup makan, adik debob terlebih makan; perangai jangan cakaplah. seorang feeling ala-ala model gitu, sorang lagi, macam samseng...hehehe..ganas
Sebelum cuti sekolah biasalah, ada periksa. Kakak dan adik Tahun Dua dah tahun ini (cepat besar...Mama Ina (tu panggilan diorang pada yang bercerita ni)). Keputusan kakak bagus daripada adik. Adik sejah tadika, Tahun Satu memang banyak mainnnn....
Si Mummy pun tarbiyah sikitlah anak-anak. Nak bagi semangat kononnya supaya keputusan periksa akan datang lebih baik, offerlah ganjaran.
"Ok, kena belajar elok2, nanti periksa Mummy bagi hadiah. Setiap satu A, Mummy bagi satu hadiah," kata si Mummy dengan harapan Kakak dan adik boleh dapat banyak A.
"Aaaaaaa...kalau macam tu, adik satu A cukuplah sebab adik nak satu hadiah je," jawab adik. Nak cakap apa? Mummy terkedu sekejap dan Mama Ina yang dengar cerita pun, terkedu juga.
Adik, adik......cerdik bebenor ya.....

Saturday, May 28, 2011

rindu

rindu mak, rindu husband, rindu anak2....uwaaaaaaaaaaaa

Friday, May 27, 2011

`pekerja' forever

sekejap je dah dekat setengah tahun habis. setengah tahun lagi, sambut lagi tahun baru. esok, last day sekolah untuk pertengahan tahun ni. yeahhhhh...cuti sekolah. Bila cuti sekolah, yang seronok anak-anak tapi yang lebih seronok maknya la. Bila anak cuti sekolah, mak pun sibuk nak bercuti. Tengoklah rata-rata kat mana-mana pun, waktu ni lah majikan paling pening kepala. staff yang ada keluarga, beranak-pinak bersusun apply cuti.
Hajat di hati macam tu lah jugak, nak cuti2 Malaysia time cuti sekolah ni. kerja memang banyaklah, nak cuti pun rasa cuak tapi boleh gagahkan lagilah kalau betul2 nak. form cuti dah berapa kali dah dihadap tapi tak isi2 lagi sebabnya...tak tau plan `big boss'..bosses actually...my 2 beautiful daughters..hahahaha
Dah makin besar ni, mama dia rasa jadual dia orang ni lagi hebat, busy memanjang! Kalau kecik2 dulu senang je, tak banyak cerita, `angkut' je, nak tak nak kena ikut mama. Sekarang? `Berani' mama buat camtu? hahahaha...alamat muncung panjang sedepa la. Bawak orang muncung-muncung tak best pun, kan?
Nak tak nak, kenalah book dia orang, buat appointment..hehehe...Nak buat plan untuk diri sendiri kena tunggu plan boss...bosses....
` Pekerja' forever la gamaknya kita ye...

Thursday, May 26, 2011

azam tengah tahun

Januari 22, 2010. Itu tarikh terakhir laman ini dijengah. Lama sangat dah tu, dekat setahun setengah..., lebih 500 hari....tak ada benda lain yang bersalah melainkan facebook (alasannnn...). Sejak facebook `mengganas', tak rajin dah nak mengarang panjang-panjang kat sini, makan masa nak tulis `novel', hasilkan `cerpen' lebih praktikal. Yalah, kat facebook, takyah kerah otak keluarkan idea, ada satu dua perkataan pun, hidup dah facebook tu.
Tapi, kadang-kadang timbul rasa `kehilangan', tak puas sebab tak syok nak buat luahan perasaan, lontaran pandangan, hendak pula mengenai satu2 perkara yang agak serius kat facebook. Feel dia tak sama dengan blog.
Ada sorang kawan, nama dia Cikgu Din, dok tanya-tanya juga kenapa tak menjengah lagi di mindyrownbiz ni? Mentang-mentanglah ada facebook, katanya. Kalau ikut nama blog ni `mindyrownbiz', dalam hati bunyi juga AAK - Ada Aku Kisah..(hahahaha) tapi setakat dalam hati je la sebab hakikatnya memanglah..kenapa ye tak menjengah-jengah di sini. Setahun lebih tu, langsung tak tinjau..kalau wakil rakyat, ADUN ke Ahli Parlimen ke buat perangai macam tu, tak turun padang, tak tengok kawasan, tinjau keadaan rakyat, dah sah-sah pilihan raya akan datang...sayonara.bye2 la jawabnya.
So, mid year resolution....azam tengah tahun, nak rajin2 lah jengah kat sini....harap2 berjaya...aminnnnn