Monday, December 29, 2008

Ibu...

Malam ni, ntahlah...rajin skit nak menulis...dah kul 1 am....still kat ofc, keje basically dah habis...cuma sekali-skala scroll bernama news, kot2 ada apa-apa yang tertinggal..so far so good....sambil2 tu, tgk gambar2 lama....terbukak la album g cuti dgn mak, kakak n adik...not so long ago.....
ok la, tolak ke tepi, my status as a mum, n korang pun mak orang, ni nak cerita pasal mak kita dan kita anak dia. Korang takut dgn mak korang tak? Saya terus terang cakap, yesssss...ada takut sama mak....ada gerun..walaupun ketika mak tak marah dan kalau marah pun, maintain lagi cool dia.
ibu ku ini, bonda ku, punyalah baik, lembut, cakap pun perlahan je suara....senang tersenyum...cuba tengok gambar dia, betul tak as described?
Ratu hatiku

Mak mudah tergelak, baik hati, pemurah, tak suka marah orang, mudah memaafkan, tak berdendam sekali pun orang aniaya dia bagai nak rak....i wish i could be like her..very difficult tho......dia penyabar tapi anak2 dia.. three...all girls..sumanya panas baran tak hengat.......

From left: my youngest sis, myself n my eldest sis. 2nd pix, (from left) eldest, youngest, me n mum.

Sampai sekarang, walaupun saya sendiri sudah beranak 2, masih lagi ada `takut' `gerun' kat mak...mungkin perkataan gerun atau takut ni tak sesuai kot...mungkin rasa sayang, kasih, cinta, hormat yang mendalam pada mak yang membesarkan kami tiga beradik tanpa mengenal erti penat, jemu, lelah....Terima kasih mak, i love u so muchhhh......
Dan..anak2 saya. pulak? takut tak diorang pada mama dia ni?........baca dan hayati dialog ni ye, dialog si kecik Baby...`Mama, sorry la ek mama, bila mama beliakkan biji mata, macam marah kitorang, kitorang tak takut pun..buat2 takut je..sebenarnya, rasa kelakar, nak gelak'. Boleh? Motif?

Semoga segalanya bertambah baik...

Selamat Tahun Baru...Awal Muharram..Maal Hijrah...kepada semua, juga diri sendiri. Of lately ni, selalu sangat borak2 dgn gang2 betapa hidup ni kena berubah...umur dah tak sikit....tak lah tua, tapi tak semuda mereka yang lebih muda walaupun tak setua mereka yang lebih tua....
Masing-masing bercerita banyak benda (biarlah rahsia..hehehehe) yang hendak dikurangkan kalaupun tak dapat ditinggalkan terus. Ada kawan hantar sms..dia nak tinggalkan benda2 yang do no good for him/herself, his/her pocket, health n wealth....ada pulak kawan cakap , ada benda yang dia buat membuatkan dia semakin jauh daripada keluarga...ada yang meninggalkan benda yang menyebabkan mereka jauh dari kawan sebab apa yang dia buat tu membuatkan dia melihat the true colour of his/her friends/best friends....hilang rasa hormat, hilang kepercayaan..menyebabkan persahabatan yang terjalin sekian lama hilang begitu saja.....
Pendek kata, ramai yang berazam untuk berubah. Macam ni lah kan selalunya bila tiba musim atau tahun baru tak kira tahun Islam atau omputih....diari tahun baru kena bersih, mahu dicatatkan dengana yang indah dan berjaya..yang tak baik, kegagalan, keburukan, cerita duka, cerita sedih, malang semua hendak ditinggalkan...inilah yang juga dikatakan Hijrah....berubah dari satu tempat ke tempat yang lain, berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain...dan secara logiknya, perubahan atau peralihan itu mestilah ke sesuatu yang lebih baik.
Buat diri saya sendiri, juga rakan2 dan sesiapa saja yang `menziarahi' laman ini, selamat berhijrah...semoga halaman baru dalam hidup ini membawa kebaikan dan kebahagian yang lebih abadi.....TAPI....semuanya takkan menjadi kenyataan jika kita sendiri ridak berusaha untuk berhijrah kan? sooooo.....to all....SELAMAT BERHIJRAH.....