Sunday, June 5, 2011

Isteri mithali bukan isteri bertali-tali....

Baru baca benda ni...Pak Ngah @ Farit Ismeth Emir tagged kan kat FB. memetik ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA...petua untuk menjadi isteri mithali. Ada baiknya kita kongsi, kan...pengajaran buat semua yang bergelar isteri...Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu. Ada pepatah Arab menyebut: Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis. (Imam al-Ghazali) Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami. Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya: O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words. (Imam al-Ghazali) Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi dia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah) Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang engkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami, jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

kepada suami ku....tq ya bang..kerana menyayangi sayang seadanya...dan belanja dinner best tadi..hehehehe

Sunday, May 29, 2011

kanak-kanak `cerdik'

kerenah anak-anak, senang cerita siapa tak ada anak, tak boleh cakap byk. Pengalaman melihat, macam langit dengan bumi bezanya dengan tuan punya badan. Lebih kurang macam, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kepayahan, kesulitan, kesukaran, keperitan pelbagai dan keseronokan memiliki anak pun, itulah anugerah terbaik yang boleh dimiliki seorang wanita (dan mungkin juga bapa). (bapa ni selalunya kurang sikit `feeling' nya dengan anak).
Masa kecil,bayi, lain ceritanya, jadi kanak-kanak, remaja, dewasa, setiap fasa, setiap peringkat, ada cabarannya.
Baru tadi dapat cerita daripada Aida hal dua puteri kembarnya. Nak jaga anak seorang pun tak senang, ini pula dua serentak. Kakak dan adik kembar tak seiras. Bila dah tak seiras tu, bukan rupa je berbeza, bentuk tubuh, kakak kurus tak cukup makan, adik debob terlebih makan; perangai jangan cakaplah. seorang feeling ala-ala model gitu, sorang lagi, macam samseng...hehehe..ganas
Sebelum cuti sekolah biasalah, ada periksa. Kakak dan adik Tahun Dua dah tahun ini (cepat besar...Mama Ina (tu panggilan diorang pada yang bercerita ni)). Keputusan kakak bagus daripada adik. Adik sejah tadika, Tahun Satu memang banyak mainnnn....
Si Mummy pun tarbiyah sikitlah anak-anak. Nak bagi semangat kononnya supaya keputusan periksa akan datang lebih baik, offerlah ganjaran.
"Ok, kena belajar elok2, nanti periksa Mummy bagi hadiah. Setiap satu A, Mummy bagi satu hadiah," kata si Mummy dengan harapan Kakak dan adik boleh dapat banyak A.
"Aaaaaaa...kalau macam tu, adik satu A cukuplah sebab adik nak satu hadiah je," jawab adik. Nak cakap apa? Mummy terkedu sekejap dan Mama Ina yang dengar cerita pun, terkedu juga.
Adik, adik......cerdik bebenor ya.....

Saturday, May 28, 2011

rindu

rindu mak, rindu husband, rindu anak2....uwaaaaaaaaaaaa

Friday, May 27, 2011

`pekerja' forever

sekejap je dah dekat setengah tahun habis. setengah tahun lagi, sambut lagi tahun baru. esok, last day sekolah untuk pertengahan tahun ni. yeahhhhh...cuti sekolah. Bila cuti sekolah, yang seronok anak-anak tapi yang lebih seronok maknya la. Bila anak cuti sekolah, mak pun sibuk nak bercuti. Tengoklah rata-rata kat mana-mana pun, waktu ni lah majikan paling pening kepala. staff yang ada keluarga, beranak-pinak bersusun apply cuti.
Hajat di hati macam tu lah jugak, nak cuti2 Malaysia time cuti sekolah ni. kerja memang banyaklah, nak cuti pun rasa cuak tapi boleh gagahkan lagilah kalau betul2 nak. form cuti dah berapa kali dah dihadap tapi tak isi2 lagi sebabnya...tak tau plan `big boss'..bosses actually...my 2 beautiful daughters..hahahaha
Dah makin besar ni, mama dia rasa jadual dia orang ni lagi hebat, busy memanjang! Kalau kecik2 dulu senang je, tak banyak cerita, `angkut' je, nak tak nak kena ikut mama. Sekarang? `Berani' mama buat camtu? hahahaha...alamat muncung panjang sedepa la. Bawak orang muncung-muncung tak best pun, kan?
Nak tak nak, kenalah book dia orang, buat appointment..hehehe...Nak buat plan untuk diri sendiri kena tunggu plan boss...bosses....
` Pekerja' forever la gamaknya kita ye...

Thursday, May 26, 2011

azam tengah tahun

Januari 22, 2010. Itu tarikh terakhir laman ini dijengah. Lama sangat dah tu, dekat setahun setengah..., lebih 500 hari....tak ada benda lain yang bersalah melainkan facebook (alasannnn...). Sejak facebook `mengganas', tak rajin dah nak mengarang panjang-panjang kat sini, makan masa nak tulis `novel', hasilkan `cerpen' lebih praktikal. Yalah, kat facebook, takyah kerah otak keluarkan idea, ada satu dua perkataan pun, hidup dah facebook tu.
Tapi, kadang-kadang timbul rasa `kehilangan', tak puas sebab tak syok nak buat luahan perasaan, lontaran pandangan, hendak pula mengenai satu2 perkara yang agak serius kat facebook. Feel dia tak sama dengan blog.
Ada sorang kawan, nama dia Cikgu Din, dok tanya-tanya juga kenapa tak menjengah lagi di mindyrownbiz ni? Mentang-mentanglah ada facebook, katanya. Kalau ikut nama blog ni `mindyrownbiz', dalam hati bunyi juga AAK - Ada Aku Kisah..(hahahaha) tapi setakat dalam hati je la sebab hakikatnya memanglah..kenapa ye tak menjengah-jengah di sini. Setahun lebih tu, langsung tak tinjau..kalau wakil rakyat, ADUN ke Ahli Parlimen ke buat perangai macam tu, tak turun padang, tak tengok kawasan, tinjau keadaan rakyat, dah sah-sah pilihan raya akan datang...sayonara.bye2 la jawabnya.
So, mid year resolution....azam tengah tahun, nak rajin2 lah jengah kat sini....harap2 berjaya...aminnnnn