Thursday, May 26, 2011

azam tengah tahun

Januari 22, 2010. Itu tarikh terakhir laman ini dijengah. Lama sangat dah tu, dekat setahun setengah..., lebih 500 hari....tak ada benda lain yang bersalah melainkan facebook (alasannnn...). Sejak facebook `mengganas', tak rajin dah nak mengarang panjang-panjang kat sini, makan masa nak tulis `novel', hasilkan `cerpen' lebih praktikal. Yalah, kat facebook, takyah kerah otak keluarkan idea, ada satu dua perkataan pun, hidup dah facebook tu.
Tapi, kadang-kadang timbul rasa `kehilangan', tak puas sebab tak syok nak buat luahan perasaan, lontaran pandangan, hendak pula mengenai satu2 perkara yang agak serius kat facebook. Feel dia tak sama dengan blog.
Ada sorang kawan, nama dia Cikgu Din, dok tanya-tanya juga kenapa tak menjengah lagi di mindyrownbiz ni? Mentang-mentanglah ada facebook, katanya. Kalau ikut nama blog ni `mindyrownbiz', dalam hati bunyi juga AAK - Ada Aku Kisah..(hahahaha) tapi setakat dalam hati je la sebab hakikatnya memanglah..kenapa ye tak menjengah-jengah di sini. Setahun lebih tu, langsung tak tinjau..kalau wakil rakyat, ADUN ke Ahli Parlimen ke buat perangai macam tu, tak turun padang, tak tengok kawasan, tinjau keadaan rakyat, dah sah-sah pilihan raya akan datang...sayonara.bye2 la jawabnya.
So, mid year resolution....azam tengah tahun, nak rajin2 lah jengah kat sini....harap2 berjaya...aminnnnn

No comments: