Monday, August 3, 2009

forever my baby...(walaupun mulut macam mak nenek)

Dah lama betul tak g zoo...nasib baik la Sabtu hari tu (1 Ogos), ofc organised g sana....lama tak jumpa `sedara-mara'..hahaha..bukan sedara mara kita...sedara-mara binatang.....
g sana dgn baby..patut sampai kul 9 pagi, prog start kul 9 tapi ahahahaha..gara-gara Narnia n lepak kedai makan dgn baby, kul 9.30 baru kitorang terjaga. Kelam kabut siap, campur jalan jam tak hengat, pendekkan cite, kul 11.45 pagi camtu sampai....
Baby muncung gak la sebab banyak benda dia miss..nasib baik masa sampai ada magic show..ok la....pas tu makan n startla penerokaan ke zoo bersama baby....
dengan menginjit satu plastik berisi pulasan, manggis dan langsat...berat tau...ke sana-sini la dgn baby yang memang excited dan happy. Penat, lenguh kaki....
Takyah la cite benda apa jadi kat zoo ek....penat nak cite...masuk dalam kereta, nak balik dalam kul 4 lebih, baby dah bersandar dah dalam kereta..kepenatan tapi kata-kata dia ni, buat kita rasa penat, lelah kita amat berbaloi...`Terima kasih mama...baby rasa happy sangat hari ni....'...agghhhh bestnya..sejuk hati bila anak bersuara macam ni....

insiden kedua, malamnya pulak...baby dah tanya soalan maut....`mama, mama tak nak kawin ke?'. Alamak, soalan apa ni? `napa baby tanya macam tu?'.
Baby: takdelah, baby kesian kat mama..sapa nak jaga mama bila mama tua nanti
Mama: (terkedu..campur sayu).....napa? Baby tak nak jaga mama ke?
Baby: Eh, Baby nak jaga mama...ok, deal ya...Baby jaga mama....

Uwaaaaaa.........

Friday, July 3, 2009

russia/kazakhstan 18-24 June 2009





Ronda2 time....Red Square Moscow, Russia




satelit Measat 3a, satelit telekomunikasi keempat milik Measat



the launching....3.50 am waktu Kazakhstan (5.50 am waktu Malaysia)




makan2 time...moscow n Kazakhstan


Launching pad yang hantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas





Lawatan to Star City, Moscow - tempat Sheikh Muszaphar kita dilatih

cik ngang or cik doh?

April 11...mak datuk..lamanya..tu lah n3 terakhir ditulis...hari ni dah 3 Julai...ishhhhh...dekat 3 bulan tu..lamanyaaaaaaaa......sori la buat yang rajin menjengah...menyinggah...nana sayang, cikgu...banyak benda nak cite, ada rasa nak menulis tapi vitamin M (malas) banyak sangat....

sepanjang hampir 3 bulan ni macam2 benda berlaku sebenarnya..sempat dua kali ke negara orang - Phuket, Thailand, Mei hari tu dan terbaru bulan lepas, ke Moscow, Russia dan Kazakhstan....sat kang tengok kot2 boleh upload gambar....belum kira hal kat tempat keje lagi, anak2 tersayang, kengkawan dan sesiapa saja yang bergelar manusia di sekeliling.

Nak cerita pasal trip ke Phuket dan Russia, panjang lak kang kan...ringkasnya, Phuket tu cuti2 yang memang betul2 cuti..bukan pasal kerja, tak payah buat kerja....melainkan kerja makan, minum, tido, makan lagi, jalan2, enjoy, tido, maka, minum, tido...bla..bla...n oh ya massage..Thai massage...best....sedap badan tapi lagi best sebab murah gila. sejam massage satu badan dalam rm25-rm30 je..tak yah cite banyak la ek..tunggu je nanti gamba

g russia tu, well, ni keje...tugasan tengok pelancaran satelit Measat. Keje pun keje la kan..tapi ni keje yang best....kalau ada duit pun, memang boleh sampai la Moscow n kazakhstan tu..tapi sedikit susah untuk jadi saksi detik yang best....masa roket tu dilancarkan, kitorang yang duk (berdiri sebenarnya) kat kawasan lapang tu...terasa sedikit gegarannya...gekgekgekgek....hahahahaha...best experience!!!!....kang upload gambar

tapi ada satu cite kelakau la nak cite...well, mungkin tak kelakau bagi org lain....cerita cik doh (bodoh) sikit....kang kata depa ni bodoh atau kureng skit cerdiknya, marah tapi sebenarnya kekurengan kecerdikan ni memang dah sinonim dengan mereka ni..harap muka je lawa, body je cantik (emmm..bolehla), gaya ngalahkan mak datin, eksyen jangan cite lah....cuma, 3 insan yang saya jumpa dalam flight MAS ke London ni, baik2..memang baik, peramah...tak taulah sebab betul2 baik atau sebab kitorang dok business class...what ever la kan..tapi camnilah....kebetulan, dalam kumpulan kitorang yang nak g tengok satellite launching ni, adalah lagi sorang awek cun, nama sama dengan saya ni.....pramugari A datang, ehhhh....u ada adik-beradik ye naik flight ni? Saya: aaaaa? takde...napa? Pramugari A: ni ha depan u...nama sama.....Saya: (dalam hati...emmmmm...apa kes minah ni).....malas nak layan sebab ngantuk...senyum je lah

Pramugari B lak datang...eh...depan ni adik-beradik u ya? Saya: aaaaa? napa? Pramugari B: nama sama...Saya: (double tercengang..apa bangang diorang ni....)...tapi buat dek lagi...penat..ngantuk..kenyang...(sedap sate dalam flight ni...erkkkk....Alhamdulillah)

Pramugari C: eh u ada adik-beradik ek naik flight ni? Saya: napa? Pramugari C: nama uol sama....Saya: (dengan penuh sopan santun dan muka manis...takut depa terasa) Laaaa..uol ni, apalah..kalau adik-beradik nama sama..kalu nama bapak sama, yang mungkin adik-beradik....
Pramugari C..terkulat-kulat, tersipu-sipu dan muka naik bera...hehehehe..tu je dia boleh kata...gelak manja malu...

hahahahaha...ada ke kan? nak kata depa ni, bukan orang Malaysia, sah-sah orang Malaysia, Melayu lagi. apa kes adik-beradik nama sama..gile ke mak bapak nak letak nama anak sulung salina, anak kedua salina, anak ketiga salina..sampai anak ke-21, salina....

ish..cik ngang ke cik doh ni? LU FIKIRLAH SENDIRI...sorry nabilllll...pinjam tagline

Saturday, April 11, 2009

Penternak berjaya!!!

CUKUPLAHHHHHHHH!!!!! Tak tahan dah....dah jenuh dah bertarung dengan menatang ni....hantu betul..betul2 menatang.......tak pasal2, Baby jadi `penternak berjaya'!!!
Ni ha menatangnya.....nampak gambar ni?




Kenal tak mende menatang ni? Inilah the very famous menatang....KUTU!!!!! arghhhh...benci betul kat menatang ni....datang tak diundang, menghuni tak dijemput..tak sedar diri, dihalau tak nak pergi, berkampung ngalahkan Belanda...menjajah.....membina koloni...
Betul, dah tak larat dah tengok cik KUTU ni kat kepala anak2...especially Baby....macam2 cara dah buat....kejap je dia pergi, pas tu datang balik....dah sikat, buang, bunuh...ilangnya kejap je...bergaul balik dengan `penternak2' lain, jadi balik Baby `penternak' berjaya. Penternak KUTU...arghhhhhhh.....tak suka tak suka..benci benci!!!!
Banyak gile korang...kena selak kutu n telurnya nak cari rambut...macam tu lah lebih kurang nak describe betapa banyaknya kutu dia....naik geli geleman dibuatnya tapi Baby ni buat dek je..tanya gatal, selamba jawab..tak..walaupun sabil menjawab tangan menggaru kepala..yang memang gatal.
Lagi tak tahan dia boleh jawab..ala, kawan-kawan Baby nya kutu lagi banyak Mama....erkkk..ada keeee?
Kutu ni bukan menatang baru..dah berzaman dah...lebih 30 dekad lalu, masa saya kanak2, gitu gak lah penangan kutu. Ingat dulu mak kalau mengerjakan kepala kitorang, selalu cakap, kalau banyak kutu kat kepala, nanti kutu bawak terbang gi tasik (merujuk pada Tasik Shah Alam dekat Kompleks PKNS dulu). Teringat gak masa kat sekolah, sampai ada perhimpunan khas la cikgu2 buat sebab dah hapuskan kutu ni...habis kepala budak2 satu sekolah kena lumur dengan minyak tanah...kononnya itu ubat paling mujarab....ye la kot..tapi tak sampai hati lak nak sapu minyak tanah kat pala Baby...cian Baby mama....
Sorry Sayang...mama buntu penangan kutu.....tapi tak pe sayang, kita akan pastikan menatang ni tak lagi `bersama' Baby..mama tak rela Sayang, anak mama jadi penternak berjaya..penternak kutu......tak relaaaaaaaaaaaaaa.....


Sikit info on kutu:

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.
Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.


Pengelasan saintifik
--------------------
Alam: Haiwan
Filum: Artropod
Kelas: Serangga
Order: Phthiraptera
Suborder: Anoplura
Famili: Pediculidae
Genus: Pediculus
Spesies: P. humanus


Gejala & Tanda
----------------
* Rasa gatal yang keterlaluan.
* Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian
tengkuk dan pada belakang telinga.
* Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.


Rawatan
---------
* Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk
mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
* Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
* Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak
harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
* Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka
yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
* Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi
dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain
yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
* Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau
lebih di dalam air yang betul-betul panas.
* Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-
kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta
selepas itu.
* Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah
atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya
jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.

Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :
Gamma benzene hexachloride (lindane)
Malathion

Pencegahan
------------
* Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana
jangkitan semula boleh berlaku.
* Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
* Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia
boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
* Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain
amat berguna.

Be grateful







Got it from a friend.....

Beautiful Lesson !!!!!!!!


The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23. The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US . Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.



In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss




An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart




Katie, in her wheelchair with the oxygen tube , listening to a song from her husband and friends




At the reception, Katie had to take a few rests. The pain didnot allow her to stand for long periods






Katie died five days after her wedding day. Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think.....


Happiness is reachable, no matter how long it lasts . We should stop making our lives complicated.


Life is short
Break the rules
forgive quickly
love truly
laugh constantly
And never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

Thursday, April 2, 2009

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).


Jika sakit kepala , tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .


Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan berulang kali dan anda akan berasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , oleh itu mereka lebih mudah berasa tenang. Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , menyebabkan mereka mudah marah.


Apabila terjaga dari tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.


Saya sentiasa sakit kepala dan doktor sering bergurau, yang segala-galanya akan pulih apabila saya berkahwin. Saya makan ubat tetapi tiada kesan sehinggalah saya melakukan kaedah ini. Saya menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , saya tidak lagi sakit kepala.


Dengan mempraktekkan terapi pernafasan ini secara benar (menarik dan mengeluarkan nafas), kondisi tubuh anda akan sangat rileks. . Jika ingin BUNUH DIRI (????), cuba tutup kedua-dua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam , maka anda tidak akan merasakan apa-apa .

Sunday, March 29, 2009

Sedihnyaaaa.....

Dalam perut lagi, dua anak manis ini `sudah tidak berbapa'. Dah takde jodoh mak bapaknya, bercerai ketika maknya tengah mengandung....hampir sepanjang 9 bulan, sorang-sorangla si mak ni, ke sana ke mari membawak perut yang Tuhan saja tau besornya...dah dua orang kat dalam tu....perut macam nak meletup, kaki membengkak, kesian tengok....
Pendekkan cerita, sampai masanya, lahirlah si kembar berdua ni....sekali lagi sedih....bapaknya entah ke mana...anak nak keluar tengok dunia pun dia tak ada...sebagai kawan yang paling rapat, kami laki bini menunggu saat2 si maknya melahirkan.....comel...si kakak keluar jam 1.21 petang..dua minit lepas tu, si adik menyusul....tak seiras...takpe, janji sihat...dan selamat semuanya. Tiba time untuk mengqamatkan, siapa nak qamatkan ni? bapak dia takde...Mujur suami saya ada....dengan perasaan sebak, mata bergenang, didukung dan didakapnya, anak-anak ini seorang demi seorang, dibisikkan qamat...diiringi air mata kami yang menyaksikan...kesiannnn.....
Itu cerita hampir enam tahun lalu...si kembar dah besar..dah banyak mulut dah, macam2 lagak dan cerdiknya.....time tak kena angin, jadi pengkritik terhebat si mak...tetapi dalam kebanyakan masa, merekalah peneman dan penghibur si mak paling setia....n `shoulders for the mum to cry on'.
Baru-baru ni, si maknya tension sebab abang2 sibuk suh si maknya kawin.....macam lah maknya kemaruk nak kawin......mengadulah si mak budak2 ni kepada maknya (nenek si kembar)....dan si kembar pasang telinga rupanya dalam dok sibuk2 main....tiba-tiba menyampuk....
Kakak: "Mummy...mummy marah kat uncle *** ek?" (si Mummy tercengang kejap, tak sangka anak2 pasang telinga. Tidak menjawab, si Mummy hanya mengangguk)

Kakak: "jahat kan Uncle ***. Ada ke suruh Mummy kawin lagi..." (lagi lah si Mummy tercengang)

Adik: "Aaaa...aaaa...mana boleh suh Mummy kawin lagi..kita ada bapak kan kakak...."

si mummy yang bercerita dengan saya dengan nada tergelak2..saya, tersentak seketika...dan dalam gelak, saya menangis...si Mummy pun...kemudiannya menangis.....
Sedihhhh...sedihhhhh

Tuesday, March 17, 2009

how to lose weight


jasa baik seorang kawannnnnnn....anak mama...pls....dont read this....its not yr time yet...skip this post ok sayang.........

Sunday, March 15, 2009

lama tak jumpa...

Dah hampir sebulan...esok, emmm..genap sebulan..tak menjenguk blog sendiri...takde n3 baru...bukan takde cerita, cuma tiada kesempatan hinggalah semalam, buah hati pengarang jantung tanya..."mama, mama lama tak post cerita baru kat blog." "Aaa..aaaa..mama sibuk lah sayang...". "Tulislah cepat, kakak suka baca blog mama....."....emmmmmmmm..thanks sayang....sedap hati bila anak sendiri menghargai `kemerepekan' (ada ke perkataan ni...hantam sajalah kan) kita....
So, hari ini dengan semangat baru, macam baru dapat Vitamin R (rajin) menggantikan Vitamin M (malas) selama ni....blog yang dah sebulan terbiar, hampir 30 hari terabai ni...dikunjungi semula. Kesian dia....terkonteng-konteng `sorang'..ahakksssss
Banyak nak cerita, banyak nak kongsi...tapi bila dah banyak sangat yang nak diceritaan, tak larat lak nak cerita suma kan...Mungkin boleh cerita semua, satu persatu, tapi susunan kisahnya tidaklah mengikut turutan..apa saja yang terlintas la ni...yang tu lah yang akan dicatatkan....
Hampir dua minggu baru-baru ni, 15-25 Februari, selamat menjejakkan kaki ke Jepun. Mula2 dapat asignment ni, tengok jadual program..aduasssss...penatnya...pack jadual..hari2 ada briefing, talk, interview. Kunjungan ke Jepun adalah atasa jemputan kerajaan Jepun, menerusi Kementerian Luarnya....nak cerita `keterroran' Jepun in disaster management...macam dia hadapai dan menangani banjir, tsunami dan gempa bumi. Tau tak, kat jepun ni average setiap bulan mesti ada gempa bumi...kalau setakat gempa kecik2 ni , tak heran dah depa....small matter..hehehehe....infact, hari kedua di Tokyo, kira-kira jam 3 pagi, ada gempa berlaku...member kat bilik sebelah merasai pengalaman tu, cuma kami yang lagi sembilan ni (total 10 wartawan dari negara Asia), dah selamat beradu...dengar cerita je la pagi tu....
Tak yah la cerita details kan pasal kecekapan dan kecanggihan Jepun in disater management..tunggu je nanti artikel kuwa kat BH..(tak tau lah bila)...tapi dalam banyak-banyak negara yang dilawati, ini kali pertama saya rasa `jatuh cinta' dengan penduduk sesebuah negara. Sekali pun Jepun ni maju, penduduknya masih mengekalkan ciri2 orang Timur, lemah lembut, berbudi bahasa, hormat orang, suka membantu..sekali pun bantuan yang kita minta itu ibarat bahasa itik bagi mereka dan jawapan yang diterima ibarat bahasa ayam bagi kita. entah apa2 dia jawab, ntah apa yang dia cakap, pucuk pangkalnya dia faham apa kita tanya, bantuan apa yan diperlukan.
Bukan saja dengan orang asing mereka baik macam tu..sesama mereka pun, baiknyaaaa....walaupun kali pertama berjumpa. saya tanya kenapa orang jepun ni macam ni, baik bebeno...depa jawab....kita tak tahu apa yang akan berlaku...bila-bila masa bencana...katakan gempa bumi besar boleh berlaku.siapa yang akan tolong kita, kalau bukan orang yang hampir dengan kita ketika itu? aaaa...aaa ya.....
Orang Jepun terlalu menghormati sesama manusia. Dua minggu kat sana, tak pernah sekali pun dengar bunyi handphone berdering....Rupa-rupanya orang Jepun ni ada satu tabiat...silentkan phone...sebab? tak nak mengganggu orang sekeliling!!! Gituuuuu.....Baguskan..bukan macam orang kita...ringing tone tu jangan cakaplah...volumenya, kadang kala macam guna pembesar suara...belum lagi yang dok tukar2 ringing tone tak kira kat mana....macam dia sorang je lah ada handphone kat dunia ni....kalau berborak kat handphone lak, macam lah nak satu dunia dengar apa dia borak. Orang jepun tak gitu...telefon dah la silent mode...kalau nak berborak, tahan cari tempat yang sesuai..yang jauh daripada orang lain....
kalau nak cerita bab adab orang Jepun ni, nanti panjang sangat lak n3 ni..tapi setakat contoh2 yang saya bagi tu, rasanya alahai...kalaulah boleh migrate to japan...bestnya...(dengan syarat dapat gaji in Yen la).....Jepun mahal!!!!! Tapi mahal pun mahal la, orang Jepun baik2, makanan sedap.....dan Jepun..rata-rata..setakat bandar yang dikunjungi - Tokyo, Kobe, Osaka, Nara - bersihnya...ya Allah. tong sampah pun susah nak jumpa.....
Nak merokok pun takut...eh, boleh ke merokok kat sini...susah bebeno nak terjumpa putung rokok yang dibuang merata-rata tempat. Kita? Hemmmmmm...tong sampah kat sebelah pun, ashtray atas meja pun...putung campak bawah kaki.....Motif?









in Tokyo....




Monday, February 16, 2009

family day newsdesk bh 26-27 Jan 2009

it was a good one...fun..happening...rasanyalah walaupun macam2 hal, kerenah, masalah yang berlaku sepanjang tempoh mengendalikan family day/kembara kelab newsdesk tahun ini. Lokasi yang pada awalnya Kuching, Sarawak, terpaksa diubah gara-gara manalah nak dapat tiket kapal terabng banyak2..dan murah waktu2 raya Cina ni. So, Cherating, Pahang, akhirnya jadi pilihan. Gara-gara perancangan awal hendak ke Kuching gak, persembahan ahli tahun ini bertukar method...bukan lagi persembahan live...(susah nak bawak2 props ke Kuching)...maka persembahan dirakamkan. Walaupun bertukar lokasi, kami putuskan untuk persembahan dirakamkan. Malas sikit la ni nak cite..panjang2....biar gambar menceritakan segalanya ek....

Part 1
------
Rakaman drama Bollywood ahli kelab newsdesk
Lokasi: Bukit Cherakah, Shah Alam


heroin..cik fatin kita yang sporting...as rani mukherjee...hero, abang anand, jadi shah rukh khan... yang tiba2 mengaku tak menang tangan melayan peminat..walaupun ni baru 1st time berlakon


farina...mak rani..yang lebih kurang macam ibu mertuaku la...memandang status...nak kawinkan anak, si rani dengan mr prem chopra, orang kaya dari Madras, lakonan abang azhar kita...habis bercelak muka, dikerjakan fatin....
dan orang jahat, biasalah..tak macho la kan kalu tak ada kuncu2, pencacai, yang jadi pak turut dan sanggup buat apa saja untuk big boss..kononnnnnnnnn....



ni ha...si khai, yang juga sporting...demam2 pun sanggup jadi pelakon bidan terjun...kesian kesian...

mana boleh sorang je kan gang gangster..ada sorang lagi...pun bidan terjun. niat ke lokasi hari sekadar memberi sokongan kepada pelakon2 handalan kelab newsdesk ni..dan hantar nasi kat diorang..tapi disebabkan pelakon asal ramai tak datang (takut la tuuuuu), tolong gak lahhhhhh. siapa lagi..sayalahhhhhhhhhhhhh


2nd crook, crook pempuan bergambar dengan crook laki, seluar kuning lagi uuuuuu...dan cik liza kita yang jadi penari handalan hari tu (drama Bollywood, mana sah kan kalau takde manri2...guling2 kat bukit) and of course, hujung kiri tu...crook of the crooks....Kimi...hehehehehe...pantang tengok pempuan lawa..berkepit je

ni dia, buah hati Kimi that day


ni...kak tim..orang kuat.....bakal mak mertua Liza (hehehehehe..mak Kimi ni) merangkap katerer..hahahahaha


azrul..abang cameraman kita yang terpaksa jadi director hari tu.....dan tengoklah, cantik tak pemegang microphone tu.....nasib baiklah buat kat bukit cherakah ..ada gak kayu
gambar2 tengah berlakon...emmmm...sambung nanti lah ek..tiba2 rasa ngantuk......zzzzzzzzzzzzzzzzz





























Saturday, January 24, 2009

alahai...nasib baik!!!

alahaiiiiii...nasib baik, nasib baik!!!! Fuhhhhhhhh......
tak tau lah, sedara dengan toilet kot kita ni..macam2 hal dgn toilet...tak ilang lagi malu (ye ke malu) termasuk tandas lelaki, timbul lagi satu kisah toilet...
Satu hari tu, keje petang (meaning, masuk kul 5 pm habis kul 2 am...bangla pun balik uma lagi awal kan?), tapi awal2 dah luwa...sibuk sikit semenjak 2 menjak nak buat family day office ni...terkejar2 g collect hadiah sponsors...tengah2 panas tengah hari buta tu amik barang kat shah alam then ke subang jaya..lalu tol batu 3, pala tengah pening, mata pedih...tiba2 sejuk hati bila kakak kat tol tu..menyambut dengan senyuman dan peramah...haiii..syukur..syukur..ada gak insan2 yang tak dikenali yang boleh sejukkan hati dan hilang kan penat....
sampai ofc, meeting melambak..bukan meeting keje pun, hal family day la...tapi dah tak tahan nak terkucil (buang air laaaa)...bergegaslah ke toilet....masa nak kuwa, eh napa tombol ni tak boleh pusing...laaaaa...aku tak kunci rupanya...ya Allahhh..ishhhh..ishhhh..bayangkanlah kalau pintu tu orang bukak..........alahaiiiiii...nasib baik, nasib baik!!!

Friday, January 23, 2009

sodomy....

Time: kira2 5 yrs back
Venue: 1901 Giant Sect 13 Shah Alam
Object (s): Me, Baby (she was about 4 yr old then), Fida n Les
Subject: Sodomy (haaaahhhh????)

Sambil makan hot dog 1901 yang sedap (bolehlahhhhh)....

Baby: I m sodomy

Me: Hah? (Fida & Les: haaaaahhhhhhhhh????)
Apa baby? (Fida & Les pun tanya benda yang sama...apa baby)

Baby: (dengan muka dek dan tidak memandang muka kami yang terpinga-pinga ni)...I sodomy...sodomy..faham??

Ya Allah, apalah anak aku ni..tiba2 sodomy...ishhh..takut, takut...dah la dia baru start tadika masa tu, dia lak mesra alam..tak kira sapa, semua dia tegur buat kawan, yang muda, yang tua..laki pempuan...time tu plak...biasalah kes2 sodomy ni dok tengah hangat...maaaakkk..kecut perut dibuatnya...mak dah panik ni, nasib baik ada Fida & Les..maka

Fida & Les: apa sodomy tu Baby?

Baby: Alaaaahhh..sodomy pun tak tau...tired u know..tired..I m tired..penat..tahu tak?

Me, Fida & Les: Kah kah kah kah...(sampai berair mata)

Me: napa lak sodomy Baby? Mana baby belajar perkataan ni?

Baby: Baby ciptalah....itu pun tak tau...(dengan muka sombongnya....)

Maknya...lega lah jugak in the end..tapi emmm....betul ke anak aku main cipta2 je ni....mudah-mudahan gitulah....dan mintak dijauhkan anak2 daripada segala kejahatan..Aminnnnnnn

Tuesday, January 13, 2009

Salah masuk....oooppssssssss sowiiiiiiiii

Alaaaaahhhhhhh..malunya...ish, mana nak letak muka. Ini bukan kali pertama, bukan juga kali kedua...tak ingat dah berapa kali..dan rasanya, ini juga bukan yang terakhir. Salah masuk tandas laaaa...
Hari ni, lepas lunch appointment dengan one young Datuk dengan chief (boss i laaa)..hal keje...kitorang actually rushing nak balik office sebab ada appointment lagi. Borak punya borak dengan Datuk ni, macam2 la topiknya..dari cite kesihatan, penyakit, zaman sekolah, asrama, kolej etc etc..isy..jam dah kul 2.30 pm sedangkan 2nd appointment pun waktu tu gak..kelam kabut...jalan cepat jalan cepat...
Jalan punya jalan, kita ni ngekor la boss yang lebih jauh ke depan....tiba2 dia kona kiri, kita pun ikut kona, sampai kat satu lorong yang sempit, kita pun ikut, dia tolak pintu..masuk, kita pun ikut...ehhhh..kenapa sempit sangat lorong ni..ishhh ramainya lelaki...eh, apa lak ada cermin2, ada bilik2 kecik..eh, kat depan tu macam dinding je...eh, masuk kat bilik ni...
"Nak pergi mana ni"...tiba2 ada sorang mamat kat depan tegur...ni tandas lelaki!!!!!!
Makkkkkkkkk.........ammmmmmmpuuuuuuunnnnnnnnnnnn.........cabutttttttttttttttt....malu malu malu

Monday, January 5, 2009

No more!!!

i m sad...very sad...i wish i could share this with all of u...but i just cant..i m too........damn sad

Friday, January 2, 2009

Oooopssss....

Erghhhhh...apa ni? gile ke dia ni?
Pernah tak korang rasa macam ni...bila dapat sms yang ntah apa2 daripada kengkawan. Sms pelik2 la...macam2 tiba2 ayat jiwang, ayat geli2....sedangkan sebelum2 ni tak pernahnya diorang hantar sms macam ni.
Sah! Ni mesti kes tersilap hantar ni..nak hantar kat bopren ke gepren ke tapi terhantar kat korang. (tak tau lah kan kalau sebenarnya memang nak hantar kat kita..huhuhu). Tapi, ye lah , kita sangka baik kawan2, berkawan ikhlas berkawan, takde pero2 (takde kona2..takde udang di sebalik mi)....
Off lately ni, adalah sorang kawan tu, ishhhh..mentang2lah tengah bercinta...hai..mabuk sakan gamaknya...ayat jiwang gile, geli pun ada....selalu nak cover line, kononnya takde apa2, tak bercinta (dengan sesiapa), tapi baca sms2 dia yang tersalah hantar tu, mak datukkkkkk...tobattttt....ni bukan mabuk lagi dah ni, ni dah memang gatal nak kawin..hahahahaha....
Yelah, kita ni setakat kawan..walau sebaik mana pun, hal2 peribadi kita tak campur. Kalau mulut kata tak bercinta, sedangkan hati menggelitik gatal, kita percaya cakap mulut..hati orang mana kita tahu....Kau nak cerita aku dengar, kau mintak nasihat, kalau boleh dan wajar kita bagi..seadanya. Tapi, kalau betul suka, bercinta, ceritalah je la...bukanlah nak suh buat announcement...tapi janganlah jadi macam artis2 kita yang selalu menafikan bercinta tapi tiba2 keluar cerita sudah putus kasih. kalau dulu tanya, hanya cakap ooohhh dia tu tema tapi mesra.....bila dah putus, barulah cakap ooohhh hubungan cinta saya dan dia sudah tamat.
So, kawan2 (kawan2 baik) yang tersalah anta sms ni...kalau ada apa2, ceritalah...takyah cerita banyak, sikit2 pun jadilah...supaya kengkawan yang terima sms ni, takyahlah nak bersuluh di bawah sinaran terik mentari............oooopssssssssss

Thursday, January 1, 2009

Love is blind

http://www.youtube.com/watch?v=HjWtRYaxmWM

Bye2 2008..Hi2 2009

it has been a great 365 1/4 days in 2008....ye ke? ye la kot..rasanya la....emmmm..boleh tahanla...banyak benda accomplished walaupun kebanyakan benda yang jadi tu tak termasuk dalam senarai `things to do' or `things to accomplish' in 2008.
dapat lebih ramai kawan in 2008, was not in the list; banyak berjalan in 2008, also not in the list; banyak party..hehehehe..lagi la takde dalam list........
tapi in 2008..memang banyak jalan..tak kiralah sama ada sebagai pelancong domestik atau pun pelancong asing (sambil bekerja). gi langkawi, g penang, g genting, gi PD, gi Perak, gi Johor,...emmm g mana lagi ek? basically, banyak jalan....dgn family, dgn kawan2....seronok walaupun duit banyak abis..dapat luaskan pemandangan, dapat pengalaman, dapat makan, shopping, dapat kawan baru dan yang paling penting, mengeratkan hubungan sesama keluarga, menambah kemesraan dengan anak2, kawan-kawan..yang jauh, duit je lah...tapi tak kisahlah kan, duit boleh dicari....(emmmm..boleh cari???????)
Benda dalam senarai? emmmmmm....basically takde apapun yang dalam senarai kecuali 1 benda ni la...ni rasanya dah bertahun2 dalam senarai tiap kali tahun baru menjelma...nak kurus!!!...tak kurus2 gak.....nak kurus macam mana, usahanya takde.....jogging, takde; pergi gym, emmm..tak kuasalah; main futsal macam dulu2, langsung dah tak nampak bayang....yang ada, makan, makan dan makan lagi.....
So, untuk 2009, nak kurus? Naakkkkkkkkkkkk..tapi rasanya nak usahalah kali ni....sebab...jumpa orang je, eh..u put on meight ek...eh, gemuk u sekarang....eh, tembamnya u......Ye Ye Ye, tau tau tau....tunggulah....sebelum 2010, mesti kurus. Kurus macam siapaaaaaa? Emmmm...macam...kurus macam kuruslah...yang penting bukan macam sekarang.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa