Sunday, March 15, 2009

lama tak jumpa...

Dah hampir sebulan...esok, emmm..genap sebulan..tak menjenguk blog sendiri...takde n3 baru...bukan takde cerita, cuma tiada kesempatan hinggalah semalam, buah hati pengarang jantung tanya..."mama, mama lama tak post cerita baru kat blog." "Aaa..aaaa..mama sibuk lah sayang...". "Tulislah cepat, kakak suka baca blog mama....."....emmmmmmmm..thanks sayang....sedap hati bila anak sendiri menghargai `kemerepekan' (ada ke perkataan ni...hantam sajalah kan) kita....
So, hari ini dengan semangat baru, macam baru dapat Vitamin R (rajin) menggantikan Vitamin M (malas) selama ni....blog yang dah sebulan terbiar, hampir 30 hari terabai ni...dikunjungi semula. Kesian dia....terkonteng-konteng `sorang'..ahakksssss
Banyak nak cerita, banyak nak kongsi...tapi bila dah banyak sangat yang nak diceritaan, tak larat lak nak cerita suma kan...Mungkin boleh cerita semua, satu persatu, tapi susunan kisahnya tidaklah mengikut turutan..apa saja yang terlintas la ni...yang tu lah yang akan dicatatkan....
Hampir dua minggu baru-baru ni, 15-25 Februari, selamat menjejakkan kaki ke Jepun. Mula2 dapat asignment ni, tengok jadual program..aduasssss...penatnya...pack jadual..hari2 ada briefing, talk, interview. Kunjungan ke Jepun adalah atasa jemputan kerajaan Jepun, menerusi Kementerian Luarnya....nak cerita `keterroran' Jepun in disaster management...macam dia hadapai dan menangani banjir, tsunami dan gempa bumi. Tau tak, kat jepun ni average setiap bulan mesti ada gempa bumi...kalau setakat gempa kecik2 ni , tak heran dah depa....small matter..hehehehe....infact, hari kedua di Tokyo, kira-kira jam 3 pagi, ada gempa berlaku...member kat bilik sebelah merasai pengalaman tu, cuma kami yang lagi sembilan ni (total 10 wartawan dari negara Asia), dah selamat beradu...dengar cerita je la pagi tu....
Tak yah la cerita details kan pasal kecekapan dan kecanggihan Jepun in disater management..tunggu je nanti artikel kuwa kat BH..(tak tau lah bila)...tapi dalam banyak-banyak negara yang dilawati, ini kali pertama saya rasa `jatuh cinta' dengan penduduk sesebuah negara. Sekali pun Jepun ni maju, penduduknya masih mengekalkan ciri2 orang Timur, lemah lembut, berbudi bahasa, hormat orang, suka membantu..sekali pun bantuan yang kita minta itu ibarat bahasa itik bagi mereka dan jawapan yang diterima ibarat bahasa ayam bagi kita. entah apa2 dia jawab, ntah apa yang dia cakap, pucuk pangkalnya dia faham apa kita tanya, bantuan apa yan diperlukan.
Bukan saja dengan orang asing mereka baik macam tu..sesama mereka pun, baiknyaaaa....walaupun kali pertama berjumpa. saya tanya kenapa orang jepun ni macam ni, baik bebeno...depa jawab....kita tak tahu apa yang akan berlaku...bila-bila masa bencana...katakan gempa bumi besar boleh berlaku.siapa yang akan tolong kita, kalau bukan orang yang hampir dengan kita ketika itu? aaaa...aaa ya.....
Orang Jepun terlalu menghormati sesama manusia. Dua minggu kat sana, tak pernah sekali pun dengar bunyi handphone berdering....Rupa-rupanya orang Jepun ni ada satu tabiat...silentkan phone...sebab? tak nak mengganggu orang sekeliling!!! Gituuuuu.....Baguskan..bukan macam orang kita...ringing tone tu jangan cakaplah...volumenya, kadang kala macam guna pembesar suara...belum lagi yang dok tukar2 ringing tone tak kira kat mana....macam dia sorang je lah ada handphone kat dunia ni....kalau berborak kat handphone lak, macam lah nak satu dunia dengar apa dia borak. Orang jepun tak gitu...telefon dah la silent mode...kalau nak berborak, tahan cari tempat yang sesuai..yang jauh daripada orang lain....
kalau nak cerita bab adab orang Jepun ni, nanti panjang sangat lak n3 ni..tapi setakat contoh2 yang saya bagi tu, rasanya alahai...kalaulah boleh migrate to japan...bestnya...(dengan syarat dapat gaji in Yen la).....Jepun mahal!!!!! Tapi mahal pun mahal la, orang Jepun baik2, makanan sedap.....dan Jepun..rata-rata..setakat bandar yang dikunjungi - Tokyo, Kobe, Osaka, Nara - bersihnya...ya Allah. tong sampah pun susah nak jumpa.....
Nak merokok pun takut...eh, boleh ke merokok kat sini...susah bebeno nak terjumpa putung rokok yang dibuang merata-rata tempat. Kita? Hemmmmmm...tong sampah kat sebelah pun, ashtray atas meja pun...putung campak bawah kaki.....Motif?









in Tokyo....




No comments: