Monday, December 29, 2008

Semoga segalanya bertambah baik...

Selamat Tahun Baru...Awal Muharram..Maal Hijrah...kepada semua, juga diri sendiri. Of lately ni, selalu sangat borak2 dgn gang2 betapa hidup ni kena berubah...umur dah tak sikit....tak lah tua, tapi tak semuda mereka yang lebih muda walaupun tak setua mereka yang lebih tua....
Masing-masing bercerita banyak benda (biarlah rahsia..hehehehe) yang hendak dikurangkan kalaupun tak dapat ditinggalkan terus. Ada kawan hantar sms..dia nak tinggalkan benda2 yang do no good for him/herself, his/her pocket, health n wealth....ada pulak kawan cakap , ada benda yang dia buat membuatkan dia semakin jauh daripada keluarga...ada yang meninggalkan benda yang menyebabkan mereka jauh dari kawan sebab apa yang dia buat tu membuatkan dia melihat the true colour of his/her friends/best friends....hilang rasa hormat, hilang kepercayaan..menyebabkan persahabatan yang terjalin sekian lama hilang begitu saja.....
Pendek kata, ramai yang berazam untuk berubah. Macam ni lah kan selalunya bila tiba musim atau tahun baru tak kira tahun Islam atau omputih....diari tahun baru kena bersih, mahu dicatatkan dengana yang indah dan berjaya..yang tak baik, kegagalan, keburukan, cerita duka, cerita sedih, malang semua hendak ditinggalkan...inilah yang juga dikatakan Hijrah....berubah dari satu tempat ke tempat yang lain, berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain...dan secara logiknya, perubahan atau peralihan itu mestilah ke sesuatu yang lebih baik.
Buat diri saya sendiri, juga rakan2 dan sesiapa saja yang `menziarahi' laman ini, selamat berhijrah...semoga halaman baru dalam hidup ini membawa kebaikan dan kebahagian yang lebih abadi.....TAPI....semuanya takkan menjadi kenyataan jika kita sendiri ridak berusaha untuk berhijrah kan? sooooo.....to all....SELAMAT BERHIJRAH.....

No comments: