Monday, July 21, 2008

let's eat ice...

Got an e-mail from a friend recently...al-kisah ais/air sejuk tajuknya...tak tau sejauh kebenarannya...tapi kalau baca ada logiknya. What do u think madam curi? input us....

Rahsia Di Dalam Ais

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali
tidur seperti biasa.
* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah
kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek
apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit
kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah
pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi
yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan
anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda
memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam
masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu
minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan
meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-
sangkakan.
* Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam
panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan
syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran
darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Adalah makruh mengambil air
sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari
yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau
dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi
mengharmonikan.
* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar
biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
* Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu
Intan.
* Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang
paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah
hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan
struktur tulang.
* Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
* Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam
amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
* Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman
yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan
amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan
keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia
menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia
akan menguatkan perut.

emmmm..minumlah air sejuk di awal pagi...mak2 kita dulu, saja cari nahaslah kalau pagi2 makan atau minum benda2 `merepek' (mengikut kamus mak2 kita) - termasuk air sejuk, subuh2 piee...anyway, takde mak kat dunia ini yang tidak mahu perkara terbaik untuk anak-anak mereka.

to my beloved mum, happy birthday mak..selamat hari jadi mak..semoga panjang umur, murah rezeki, hidup bahagia duia akhirat..n stay cool. love u so muchhhh

5 comments:

Matapena said...

Sal, I drink air sejuk all the time. I'm sure you tau kan???

Cuma dia bagi kembong je.

On another note, I look forward to more scientific posts from you... you know what I mean!!!!

if only... said...

hahahaha..like..yes...correct...u dont have to give yr DNA samples twice..never ever...cukup dah kalau dah bagi sekali....?oooopppppsssssss...is the topic correct? scientific kan? hahahahaha

cikgooden said...

...pokcik baco..ponat! baco laie..beronti kejap!..weh..ponat nak ngabih..ehh!

ahakssss...

if only... said...

tu la kan..memang panjang..tapi adat manusia la, kalu benda2 baik..memang liat, banyak komplennya...cuba bagi benda merapu..ish..panjang bverjela, abis masa berjam2 pun tak kira...ahaksssssssssss

cikgooden said...

betuuuuullllllllllllllll!!!