Tuesday, January 12, 2010

minat baru...

i have new interest now..minat...HUTAN...thats it. betullah kata org masuk hutan ni, lupa 1,001 macam masalah yg bersarang kat kepala. lepas kuwa hutan? mesti ingat balik, kata sesetengah org. Laaaa..mestilah, selagi masalah tak selesai, selagi tu akan ingat..tapi sekurang2nya dalam hutan tu...lupa sekejap...best................
org kata action speaks louder than words....mcm tu gaklah, gambar boleh menceritakan 1,001 kisah...so, tgk je la gambar2 ni ek...besttttt.....
n sesiapa yg rasa berminat nak g hutan, check this web...http://onemiddleearth.blogspot.com...



























Monday, August 3, 2009

forever my baby...(walaupun mulut macam mak nenek)

Dah lama betul tak g zoo...nasib baik la Sabtu hari tu (1 Ogos), ofc organised g sana....lama tak jumpa `sedara-mara'..hahaha..bukan sedara mara kita...sedara-mara binatang.....
g sana dgn baby..patut sampai kul 9 pagi, prog start kul 9 tapi ahahahaha..gara-gara Narnia n lepak kedai makan dgn baby, kul 9.30 baru kitorang terjaga. Kelam kabut siap, campur jalan jam tak hengat, pendekkan cite, kul 11.45 pagi camtu sampai....
Baby muncung gak la sebab banyak benda dia miss..nasib baik masa sampai ada magic show..ok la....pas tu makan n startla penerokaan ke zoo bersama baby....
dengan menginjit satu plastik berisi pulasan, manggis dan langsat...berat tau...ke sana-sini la dgn baby yang memang excited dan happy. Penat, lenguh kaki....
Takyah la cite benda apa jadi kat zoo ek....penat nak cite...masuk dalam kereta, nak balik dalam kul 4 lebih, baby dah bersandar dah dalam kereta..kepenatan tapi kata-kata dia ni, buat kita rasa penat, lelah kita amat berbaloi...`Terima kasih mama...baby rasa happy sangat hari ni....'...agghhhh bestnya..sejuk hati bila anak bersuara macam ni....

insiden kedua, malamnya pulak...baby dah tanya soalan maut....`mama, mama tak nak kawin ke?'. Alamak, soalan apa ni? `napa baby tanya macam tu?'.
Baby: takdelah, baby kesian kat mama..sapa nak jaga mama bila mama tua nanti
Mama: (terkedu..campur sayu).....napa? Baby tak nak jaga mama ke?
Baby: Eh, Baby nak jaga mama...ok, deal ya...Baby jaga mama....

Uwaaaaaa.........

Friday, July 3, 2009

russia/kazakhstan 18-24 June 2009





Ronda2 time....Red Square Moscow, Russia




satelit Measat 3a, satelit telekomunikasi keempat milik Measat



the launching....3.50 am waktu Kazakhstan (5.50 am waktu Malaysia)




makan2 time...moscow n Kazakhstan


Launching pad yang hantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas





Lawatan to Star City, Moscow - tempat Sheikh Muszaphar kita dilatih

cik ngang or cik doh?

April 11...mak datuk..lamanya..tu lah n3 terakhir ditulis...hari ni dah 3 Julai...ishhhhh...dekat 3 bulan tu..lamanyaaaaaaaa......sori la buat yang rajin menjengah...menyinggah...nana sayang, cikgu...banyak benda nak cite, ada rasa nak menulis tapi vitamin M (malas) banyak sangat....

sepanjang hampir 3 bulan ni macam2 benda berlaku sebenarnya..sempat dua kali ke negara orang - Phuket, Thailand, Mei hari tu dan terbaru bulan lepas, ke Moscow, Russia dan Kazakhstan....sat kang tengok kot2 boleh upload gambar....belum kira hal kat tempat keje lagi, anak2 tersayang, kengkawan dan sesiapa saja yang bergelar manusia di sekeliling.

Nak cerita pasal trip ke Phuket dan Russia, panjang lak kang kan...ringkasnya, Phuket tu cuti2 yang memang betul2 cuti..bukan pasal kerja, tak payah buat kerja....melainkan kerja makan, minum, tido, makan lagi, jalan2, enjoy, tido, maka, minum, tido...bla..bla...n oh ya massage..Thai massage...best....sedap badan tapi lagi best sebab murah gila. sejam massage satu badan dalam rm25-rm30 je..tak yah cite banyak la ek..tunggu je nanti gamba

g russia tu, well, ni keje...tugasan tengok pelancaran satelit Measat. Keje pun keje la kan..tapi ni keje yang best....kalau ada duit pun, memang boleh sampai la Moscow n kazakhstan tu..tapi sedikit susah untuk jadi saksi detik yang best....masa roket tu dilancarkan, kitorang yang duk (berdiri sebenarnya) kat kawasan lapang tu...terasa sedikit gegarannya...gekgekgekgek....hahahahaha...best experience!!!!....kang upload gambar

tapi ada satu cite kelakau la nak cite...well, mungkin tak kelakau bagi org lain....cerita cik doh (bodoh) sikit....kang kata depa ni bodoh atau kureng skit cerdiknya, marah tapi sebenarnya kekurengan kecerdikan ni memang dah sinonim dengan mereka ni..harap muka je lawa, body je cantik (emmm..bolehla), gaya ngalahkan mak datin, eksyen jangan cite lah....cuma, 3 insan yang saya jumpa dalam flight MAS ke London ni, baik2..memang baik, peramah...tak taulah sebab betul2 baik atau sebab kitorang dok business class...what ever la kan..tapi camnilah....kebetulan, dalam kumpulan kitorang yang nak g tengok satellite launching ni, adalah lagi sorang awek cun, nama sama dengan saya ni.....pramugari A datang, ehhhh....u ada adik-beradik ye naik flight ni? Saya: aaaaa? takde...napa? Pramugari A: ni ha depan u...nama sama.....Saya: (dalam hati...emmmmm...apa kes minah ni).....malas nak layan sebab ngantuk...senyum je lah

Pramugari B lak datang...eh...depan ni adik-beradik u ya? Saya: aaaaa? napa? Pramugari B: nama sama...Saya: (double tercengang..apa bangang diorang ni....)...tapi buat dek lagi...penat..ngantuk..kenyang...(sedap sate dalam flight ni...erkkkk....Alhamdulillah)

Pramugari C: eh u ada adik-beradik ek naik flight ni? Saya: napa? Pramugari C: nama uol sama....Saya: (dengan penuh sopan santun dan muka manis...takut depa terasa) Laaaa..uol ni, apalah..kalau adik-beradik nama sama..kalu nama bapak sama, yang mungkin adik-beradik....
Pramugari C..terkulat-kulat, tersipu-sipu dan muka naik bera...hehehehe..tu je dia boleh kata...gelak manja malu...

hahahahaha...ada ke kan? nak kata depa ni, bukan orang Malaysia, sah-sah orang Malaysia, Melayu lagi. apa kes adik-beradik nama sama..gile ke mak bapak nak letak nama anak sulung salina, anak kedua salina, anak ketiga salina..sampai anak ke-21, salina....

ish..cik ngang ke cik doh ni? LU FIKIRLAH SENDIRI...sorry nabilllll...pinjam tagline

Saturday, April 11, 2009

Penternak berjaya!!!

CUKUPLAHHHHHHHH!!!!! Tak tahan dah....dah jenuh dah bertarung dengan menatang ni....hantu betul..betul2 menatang.......tak pasal2, Baby jadi `penternak berjaya'!!!
Ni ha menatangnya.....nampak gambar ni?




Kenal tak mende menatang ni? Inilah the very famous menatang....KUTU!!!!! arghhhh...benci betul kat menatang ni....datang tak diundang, menghuni tak dijemput..tak sedar diri, dihalau tak nak pergi, berkampung ngalahkan Belanda...menjajah.....membina koloni...
Betul, dah tak larat dah tengok cik KUTU ni kat kepala anak2...especially Baby....macam2 cara dah buat....kejap je dia pergi, pas tu datang balik....dah sikat, buang, bunuh...ilangnya kejap je...bergaul balik dengan `penternak2' lain, jadi balik Baby `penternak' berjaya. Penternak KUTU...arghhhhhhh.....tak suka tak suka..benci benci!!!!
Banyak gile korang...kena selak kutu n telurnya nak cari rambut...macam tu lah lebih kurang nak describe betapa banyaknya kutu dia....naik geli geleman dibuatnya tapi Baby ni buat dek je..tanya gatal, selamba jawab..tak..walaupun sabil menjawab tangan menggaru kepala..yang memang gatal.
Lagi tak tahan dia boleh jawab..ala, kawan-kawan Baby nya kutu lagi banyak Mama....erkkk..ada keeee?
Kutu ni bukan menatang baru..dah berzaman dah...lebih 30 dekad lalu, masa saya kanak2, gitu gak lah penangan kutu. Ingat dulu mak kalau mengerjakan kepala kitorang, selalu cakap, kalau banyak kutu kat kepala, nanti kutu bawak terbang gi tasik (merujuk pada Tasik Shah Alam dekat Kompleks PKNS dulu). Teringat gak masa kat sekolah, sampai ada perhimpunan khas la cikgu2 buat sebab dah hapuskan kutu ni...habis kepala budak2 satu sekolah kena lumur dengan minyak tanah...kononnya itu ubat paling mujarab....ye la kot..tapi tak sampai hati lak nak sapu minyak tanah kat pala Baby...cian Baby mama....
Sorry Sayang...mama buntu penangan kutu.....tapi tak pe sayang, kita akan pastikan menatang ni tak lagi `bersama' Baby..mama tak rela Sayang, anak mama jadi penternak berjaya..penternak kutu......tak relaaaaaaaaaaaaaa.....


Sikit info on kutu:

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.
Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.


Pengelasan saintifik
--------------------
Alam: Haiwan
Filum: Artropod
Kelas: Serangga
Order: Phthiraptera
Suborder: Anoplura
Famili: Pediculidae
Genus: Pediculus
Spesies: P. humanus


Gejala & Tanda
----------------
* Rasa gatal yang keterlaluan.
* Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian
tengkuk dan pada belakang telinga.
* Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.


Rawatan
---------
* Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk
mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
* Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
* Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak
harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
* Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka
yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
* Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi
dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain
yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
* Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau
lebih di dalam air yang betul-betul panas.
* Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-
kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta
selepas itu.
* Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah
atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya
jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.

Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :
Gamma benzene hexachloride (lindane)
Malathion

Pencegahan
------------
* Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana
jangkitan semula boleh berlaku.
* Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
* Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia
boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
* Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain
amat berguna.